|
Tokyo: Kiyotaka Mizuno, lelaki tertua Jepun dilaporkan sudah meninggal dunia pada usia 111 tahun.
Memetik Kyodo News, perkara itu dimaklumkan oleh pihak Wilayah Shizuoka, tempat lelaki itu menetap, pada Selasa lalu. Difahamkan, Mizuno meninggal dunia pada pagi Ahad lalu akibat usia tua di kediamannya di Iwata. Menurut kerajaan wilayah Shizuoka, Mizuno dilahirkan pada 14 Mac 1914 itu, disahkan lelaki tertua di Jepun pada Ogos 2024. Datuk Bandar Iwata, Hiroaki Kusachi, dalam satu kenyataan berkata, mereka amat bersedih dengan berita pemergian Mizuno. Beliau berkata, Mizuno sering dihargai sebagai simbol kecergasan dan kesihatan yang baik. "Kami amat bersedih dengan berita pemergian Mizuno. Dia sudah lama dihargai sebagai simbol kecergasan dan kesihatan yang baik," katanya. Sumber:– Harian Metro |

plywood replied at 11-2-2026 06:02 PM
Pasa umur 10 tahun, dimana dah boleh ingat dah skit2, iaitu dia berada pada tahun 1924.. tak ada hp, ...
prince_marhaen replied at 12-2-2026 02:28 PM
1924 Jepun dah start bina bandar-bandar dah, diorg dah start pakai pakaian barat, join suka Olimpi ...
prince_marhaen replied at 12-2-2026 02:28 PM
1924 Jepun dah start bina bandar-bandar dah, diorg dah start pakai pakaian barat, join suka Olimpi ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.031840 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.