|
Bersuamikan juruterbang, Misha Omar, 44, menolak menggunakan 'kabel' demi memastikan anak sulung, Muhammad Adam Emir, 20, lulus proses temuduga menjadi pramugara.
Misha berkata, dia memastikan Adam menempuh pengalaman seperti calon lain, iaitu proses temuduga sebagai kru kabin. "Ketika saya bawa Adam ke sesi temu duga beberapa hari lalu, ada calon yang hadir tanya kenapa kami tidak gunakan 'kabel' sedangkan suami saya juruterbang. "Kami tidak mahu sebab bapanya hendak Adam rasa keperitan hadiri temu duga. Biar dia rasa macam mana beratur dengan ratusan calon yang lain. "Kami hendak dia rasai pengalaman ketika proses temuduga," katanya pada majlis pelancaran video muzik single terbaharu, I don't Love You Anymore (IDLYA) di sini, hari ini. Misha berkata, Adam bagaimanapun gagal pada sesi temuduga pertama selepas anak bujangnya itu gagal mematuhi syarat berat badan. Namun, katanya, Adam tidak berputus asa, sebaliknya, gigih menurunkan berat badan. "Adam tidak kecewa pun, sekarang dia sedang dalam fasa mencabar diri untuk mendapatkan berat ideal. "Setakat tiga hari menjaga makan, dia sudah berjaya turunkan hampir tiga kilogram (kg), iaitu dari 80 kg kepada 77.2 kg," katanya. Misha yang popular dengan lagu Pulangkan mengakui mencadangkan Adam mencuba nasib sebagai pramugara tetapi tidak menyangka anak bujangnya itu bersetuju. "Sebagai ibu, saya akan sentiasa sokong apa sahaja pilihannya. Tetapi, kalau boleh, saya mahu sesuatu yang mampu bertahan lama. "Saya seronok tengok kesungguhan dia turunkan berat badan. Insya-Allah, dia akan mencuba lagi untuk temu duga yang lain," katanya. Sumber: Berita Harian
|
Sendawg replied at 11-2-2026 11:41 AM
Misha dulu2 aku tak berkenan but sejak 40 series ni emmmm. MIILFFFFF
majlis pelancaran video muzik single terbaharu, I don't Love You Anymore (IDLYA)
cruz2 replied at 11-2-2026 11:44 AM
Anak samihah ni dh apply keje? Tua benor dh aku ni. Rasa baru jer lg tgk gambo anak lelaki dia masa ...
cruz2 replied at 11-2-2026 11:44 AM
Anak samihah ni dh apply keje? Tua benor dh aku ni. Rasa baru jer lg tgk gambo anak lelaki dia masa ...
azimodin replied at 11-2-2026 11:53 AM
Bagi i dia in person lawa... Bukan jenis yg muka lawa nakmampos tapi sedap mata memandang. Plus di ...
supernaturalee replied at 11-2-2026 12:03 PM
dah tengok semalam mv nih
cantik jgk
sukanyanyi replied at 11-2-2026 12:06 PM
Iols plak rase mcm baru lg memori yg kakmitch ckp kena train vocal ngn toknaz lepas branak.. ya ra ...
Perawankota replied at 11-2-2026 12:04 PM
Yg ni anak angkatnya kan
supernaturalee replied at 11-2-2026 12:03 PM
dah tengok semalam mv nih
cantik jgk





ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.501424 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.