|
Pelakon Linda Hashim menyifatkan suaminya, Beego kejam kerana didakwa sengaja melengahkan proses perceraian mereka yang sudah hampir setahun berlarutan.
Memetik BH Online, Linda berkata rumah tangga mereka sudah lama rosak dan baginya tiada lagi yang perlu dipertahankan. “Dia kejam dan sengaja mahu memanjangkan keadaan ini. Pada saya, cukuplah. Perkara ini sangat kejam terhadap saya. “Dia tahu keadaan saya sekarang. Kes ini sudah setahun berjalan, tetapi dia masih tidak mengalah. Jadi, pada saya, dia memang kejam,” katanya. Sementara itu, Linda berkata seandainya mereka kembali bersama bimbang keadaan menjadi lebih berkecamuk apatah lagi dia sudah bertahun-tahun menganggung kesakitan. “Jika kami kembali bersama, saya tahu ia akan membawa kepada perkara yang tidak baik. Dia sepatutnya lebih matang. Dia perlu fikir apa yang akan berlaku pada masa depan jika kami kembali berbaik. Perkara ini tidak berlaku kepada dia. “Semua ini berlaku kepada saya. Saya yang menanggung kesakitan bertahun-tahun, sedangkan dia tidak pernah merasainya,” katanya. Dalam pada itu, Linda mendedahkan Beego turut menfailkan tuntutan wang tunai sebanyak RM10,000 terhadapnya namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya. “Dia failkan tuntutan RM10,000 terhadap saya. Dia masukkan pembelaan dan meminta jumlah itu. Namun, dia tidak nyatakan tuntutan tersebut untuk apa. Mungkin untuk kos-kos tertentu,” katanya. Sumber: BH Online, Rotikaya
|
annehuda replied at 11-2-2026 02:10 AM
Ntahle hakim pun bodoh ke. Bersepah kot evidence si beego ni mmg ego, buat maksiat masuk kelab sana ...
SalenaGomez replied at 11-2-2026 06:16 AM
SG wonder 2 benda:
1. Kita ada right x utk tukar judge
2. cerai taklik boleh apply ke kes dia ni s ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.632128 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.