CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu kuil Hindu berlarutan, Hindu Sangam minta PM Anwar pertimbangkan secara adil & berperikemanusiaan

10-2-2026 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18393| Komen: 35

 



Malaysia Hindu Sangam (MHS) mengingatkan kerajaan supaya sebarang tindakan penguatkuasaan berkaitan kuil Hindu dilaksanakan secara adil dengan mengambil kira implikasinya terhadap keharmonian agama di negara ini.

Malaysia Hindu Sangam dakwa banyak kuil berdepan isu legasi

Memetik laporan daripada Malaysiakini, Presidennya, T Ganesan menyatakan, banyak kuil Hindu di Malaysia berdepan isu legasi yang telah berlarutan sejak sebelum merdeka, berpunca daripada perubahan sejarah serta sosioekonomi, selain kelemahan tadbir urus pada masa lalu.

“Banyak kuil Hindu telah wujud sejak puluhan, malah ratusan tahun, dan berfungsi bukan sahaja sebagai tempat ibadat, tetapi juga sebagai pusat kebudayaan, kebajikan dan identiti komuniti setempat.

“Sejarah kewujudan ini perlu diberi pertimbangan yang adil dan berperikemanusiaan dalam sebarang tindakan pentadbiran.

“MHS menegaskan bahawa kewujudan kuil tanpa kelulusan formal sering berpunca daripada kekangan sejarah, kelemahan tadbir urus lampau, perubahan status tanah serta ketiadaan mekanisme penyelesaian yang jelas pada peringkat awal — dan bukan semata-mata akibat keingkaran undang-undang oleh komuniti,” katanya.

Hindu Sangam mahu pertimbangan yang adil & berperikemanusiaan


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pihak yang mewajarkan pembinaan rumah ibadat melanggar undang-undang serta tindakan mengambil langkah sendiri bagi menangani isu tersebut.

“Yang tidak boleh dibiarkan ialah percambahan, naik di mana-mana di bawah pohon, di mana-mana. Ini mesti dibendung,” katanya sambil memaklumkan pihak berkuasa tempatan diarahkan merobohkan rumah ibadat yang dibina secara haram.

Mengulas lanjut, Ganesan berkata banyak kuil Hindu yang wujud lebih 100 tahun bukan sahaja berfungsi sebagai rumah ibadat, malah sebagai hab budaya dan identiti komuniti.

“Sejarah kewujudan ini perlu diberi pertimbangan yang adil dan berperikemanusiaan dalam sebarang tindakan pentadbiran,” tambahnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu memorandum komprehensif telah dikemukakan kepada Pejabat Perdana Menteri hasil mesyuarat pihak kuil pada 6 April tahun lalu, termasuk cadangan penubuhan sebuah badan khas di bawah PMO bagi mengurus dan menyelaras urusan kuil Hindu.

“Cadangan ini bertujuan menyediakan penyelesaian jangka panjang dan berstruktur, termasuk mekanisme pemutihan (regularisation / whitening) kuil-kuil yang mempunyai isu pemilikan tanah, selaras dengan undang-undang, keadilan sosial dan realiti sejarah kewujudan kuil di Malaysia,” katanya.


 


Hindu Sangam mahu Putrajaya & kerakaan negeri beri pertimbangan

Sehubungan itu, Ganesan menggesa Putrajaya dan kerajaan negeri memberi pertimbangan serius terhadap memorandum berkenaan serta mengutamakan pendekatan dialog.

“MHS menegaskan komitmennya untuk bekerjasama dengan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan semua pemegang taruh bagi memastikan rumah ibadat Hindu dipelihara, diurus secara sah dan dihormati, selaras dengan semangat Malaysia Madani yang menjunjung keadilan, ihsan dan keterangkuman,” katanya.

Sumber: Malaysiakini , OhMyMedia


 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 10-2-2026 12:44 PM
Bodoh betul..  Habis tuu tuan tanah cmn. Aje yg gampang
Quote talapia 10-2-2026 12:53 PM
wujud 100 tahun? buktikan la dulu..
kalau dah gambar kat google street or google earth pon jelas 20 tahun lepas tak wujuud lagi kuil tu.. kau nak gebang apa lagi?
Quote FOTHER-MUCKER 10-2-2026 01:08 PM
Bila nak habislah isu kuil haram ni. desperate sangat ke nak tanah percuma + wang betjuta? Ini baru 7%-9% bangsa mereka di Malaysia.
Quote FOTHER-MUCKER 10-2-2026 01:08 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-2-2026 09:10 PM

Bila nak habislah isu kuil haram ni. desperate sangat ke nak tanah percuma + wang betjuta? Ini baru 7%-9% bangsa mereka di Malaysia.
[youtube]DS6GfsLuNkw[/youtube]

https://youtu.be/DS6GfsLuNkw
Quote PULANGKAN 10-2-2026 01:12 PM
kalau ada yang naik kat tanah aku, auto aku robohkan jugak. penceroboh akan didakwa dan ditembak. kalau masih hidup, akan ditembak lagi sekali

yang kau pegi bina suka hati kat tanah orang lain dah kenapa

berperimanusiaan kat korang? habis tu perimanusiaan kat orang lain camane pulak?
Quote silance 10-2-2026 01:14 PM
Kalu zaman umngok dulu dah tegas takdelah PMX (dan tuan tanah dan kita rakyat) kena hadap semua ni.
Quote silance 10-2-2026 01:17 PM
Sorang kat YT tu bjkan main laju kutuk madani tiap kali online. Semua masalah dizaman madani. Tapi lepas tu dia sendiri kantoi sebab bila ungkit sejarah bermula masalah, tentulah dari zaman umngok.
Quote aint 10-2-2026 01:21 PM
bina kuil ni cara free nak rampas tanah hak milik org lain...
Quote sayawifenikmie 10-2-2026 01:24 PM
sikit sikit 100 tahun sikit sikit 100 tahun
yg ko pi bina atas tanah orang .. orang melayu .. orang islam
tak mahu keluar
siap buat sidang akhbar .. kami tak mahu keluar tanpa tanah ganti ?
tak mahu keluar dari tanah orang islam yg tanah itu utk buat mesjid

kalau surau masjid sekalipun
kalau buat atas tanah orang tanpa izin ..
sila lah roboh jua ...
Quote BoongaKertas 10-2-2026 02:09 PM
org beli pakai duit lah cik oi...korang kumpul lah duit sesama penganut agama utk beli tanah. adoi.
Quote IzzahF 10-2-2026 02:10 PM
dia igt org bodoh mcm dia

hellooooo melayu yg tanah beribu2 tahun turun temurun ni pun ada geran black & white

ko kuil baru 2 - 3 tahun habuk pun tarak
Quote KamikuP 10-2-2026 02:38 PM
Bodo punya keling
Quote airfilterkotor 10-2-2026 03:12 PM
Tak usah dilayan permintaan Malaysia Hindu Sangam tu.
Quote blakcswan 10-2-2026 03:56 PM
bina kuil gah boleh..beli la tanah ..tu pun nk merempat tnh org
Quote talapia 10-2-2026 04:28 PM
Harap PMX tak tunduk dengan gertakan dorang ni..
Ni ketua kerajaan punya 'say'..
kalau itu pon tunduk.. habislah..
Quote TeropongSenyap 10-2-2026 05:38 PM
Asyik minta keadilan utk diarg je... Keadilan pd tuan tanah camner pulak
Quote Dalcott 10-2-2026 05:41 PM
nak. beli tanah. buat le takde sape marah. ni tanah org ade geran siap pun claim ko punya brg
Quote FOTHER-MUCKER 10-2-2026 05:51 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-2-2026 01:57 AM

Jika saya nuar brahim ataupun Donald trump


Jika kuil haram yang mereka bina di atas tanah bukan milik mereka arahkan mereka merobohkan dalam masa 6 bulan, jika masih tidak di robohkan pemilik haram akan di bawa kemuka keadilan.
Sesiapa yang tidak suka dengan undang undang Malaysia sila pergi cari tempat yang lebih sesuai untuk cara kehidupan kamu.

Gomen kena tegas jangan berlembut dengan manusia 7%-9% ini.
Quote silance 10-2-2026 05:57 PM
Geng pembangkang senyaaaappp saja. Korang pun tatau nak act macamana kan? Kalu isu lain riuh rendah parlimen.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.346459 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top