CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Bukan anti lelaki, saya tak nak suami tumpang senang bini’ - Madam Mariyah

9-2-2026 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32531| Komen: 33

 


JOHOR BAHRU – Hati usahawan sensasi Madam Mariyah tidak tertutup untuk berkahwin sekali lagi namun berharap dijodohkan dengan bakal suami yang sekufu terutama dari segi kewangan. 

Mariyah atau nama sebenarnya, Mariyah Yaakob, 51, bagaimanapun meletakkan urusan jodoh semua kepada ketentuan Ilahi kerana baginya, Tuhan sebaik-baik Perancang. 

“Insya-Allah, kalau ditakdirkan ada, itu Allah yang tentukan. Sudah tentu saya nak cari (berjodoh) lebih daripada saya. 

“Kalau tak cari yang lebih berbanding saya (sekufu), nanti dia rasa ‘rendah’ pula. Nanti ada yan cakap tumpang kesenangan bini pula. 

“Biasalah kan, mulut-mulut netizen. Cuma saya nak ingatkan, suami itu adalah pinjam Tuhan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis pelancaran pejabat urusan Auramaria di sini semalam. 

Ditebak pertanyaan dirinya anti lelaki selepas gagal dalam perkahwinan, Mariyah mempunyai jawapan tersendiri berhubung perkara terbabit. 

Jelasnya, sebelum membulatkan hati untuk menyayangi orang lain adalah lebih baik meletakkan diri sendiri di kedudukan pertama. 

 “Macam saya cakap, suami ialah pinjaman. Dalam masa saya, saya juga nak ingatkan, kita (orang wanita) kena sayang diri sendiri lebih daripada segala-galanya. 

“Saya bukan anti lelaki — saya nak kaum wanita kena ada duit sendiri. Untung sabut, kita dapat suami ‘provider’ tapi kita tak tahu masa depan kita. 

“Apa yang akan terjadi pada masa akan datang, kita semua tak tahu. Tak bermakna hati saya tertutup untuk berkahwin lagi,” ujarnya lagi. 


 

Sebelum ini Mariyah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mr. S, di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru pada 30 September 2025. 

Perceraian setelah hampir 20 tahun berkahwin itu didakwa berpunca daripada orang ketiga. 

Beliau diceraikan melalui komen di siaran langsung TikTok pada 7 Ogos 2025.

Terbaharu, terus maju dalam bidang perniagaan, Mariyah yang dahulunya dikenali sebagai Mak Cik Kemboja terus bergerak ke hadapan dengan tujuk produk baharu selepas meledak dengan jenama, Kopi Che Lims.

Walaupun berdepan pelbagai rintangan, Mariyah tetap menzahirkan rasa syukur apabila pejabat urusannya itu tetap berjaya disiap dan dilancarkan.

“Berjaya alhamdulillah dengan rasminya pejabat urusan ini dan banyak yang sudah dirancang untuk hari-hari mendatang.

“Selain daripada pejabat urusan, hari ini (Ahad) kami juga melancarkan sebanyak tujuh produk baharu yang berkaitan menaikkan aura seseorang itu,” katanya. 

Sumber: – KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-2-2026 05:29 PM
ni mariyah kemboja tu kan?
Quote kemaruk 9-2-2026 05:32 PM
Bila isteri tumpang senang : "di belakang lelaki yang berjaya ada isteri yang menyokong"
Quote batmana 10-2-2026 05:16 AM
Payah nk cari lelaki mati pucuk yg nk pmpn menopaus
Quote akies 10-2-2026 07:37 AM
Balik kemboja je la makcik.
Dulu kemain riak dengan kilang ko tu.
Marah2 staf pakistan ke bangla
Design baju dh la hauk.

Skrg nk cari laki baru ka.
Quote ultra78 10-2-2026 08:25 AM
Betul la statement dia. Kena sekufu. Takkan dia nak kahwin dengan lelaki yg kerja makan gaji bila tengah bulan dah kering.
Quote midori888 10-2-2026 08:30 AM
kira baru jugak lagi bercerai....yer suami adalah pinjaman, harta pun pinjaman jugak...
Quote kotakbaju 10-2-2026 08:31 AM
Masih ada kat sini ye dia, ingat dah balik kemboja dah. Masih ada lagi ke yg support beli baju macik ni
Quote Kitty_catz 10-2-2026 08:36 AM
lahh masih mencari rejeki kat mesia ke?

bila nak berambus balik kemboja?

pundeee
Quote Supersirap 10-2-2026 08:40 AM
Orang kemboja khmer ni, boleh cakap bahasa sana, survival instinct sangat kuat
Quote pengecatbintang 10-2-2026 08:45 AM
citer pasal tumpang senang ni kan..

ramai cai2 porum cari yg slama ni jadik cybertrooper Umngok dah ilang dari porum

sejak Bee End lingkup 2018 dan Gov Madani wujud

agaknya

tak de dah upah dari politikus Umngok Penyakau

selama ni dibayar upah dari hasil sakau politikus Umngok

upah memfitnah dan tegakkan benang yg basah
Quote pengecatbintang 10-2-2026 08:47 AM
Edited by pengecatbintang at 10-2-2026 08:49 AM

Bila cai2 porum tumpang senang : "di belakang Umngok yang berjaya menyakau harta negara, ada cai2 yang menyokong"

"dibelakang cai2 yg berjaya, ada istri n family cai2 yg menyokong"





Quote kelapaparut 10-2-2026 11:12 AM
Iols ingat dia da balik kemboja bertempur dgn tentera thailand kat sempadan, ehh masih ade kat sini
Quote bulan_gerhana 10-2-2026 11:45 AM
free marketing.. utk business and utk market diri.. kot la ade dato yg terbekenan..

balik kemboja je la makcik..
Quote Decaffeinated 10-2-2026 12:02 PM
Boleh ada laki tak kaya sbb perempuan dah kaya sbb tugas laki bukan bagi duit ja. Teman di ranjang, body guard, driver, repair rumah, potong rumput semua tu kerja jantan. Kalau dua2 dah suka go ahead ja.
Quote KamikuP 10-2-2026 12:20 PM
Masalahnya ada ke laki nak pompuan menopos meriak takabbur mcm ni... ko mereput je laooi
Quote gigahertz 10-2-2026 01:16 PM
Kitty_catz replied at 10-2-2026 12:36 AM
lahh masih mencari rejeki kat mesia ke?

bila nak berambus balik kemboja?

nasib tak baik dapat laki makan dadah. . dapat round 10 game sehari. \
rabak la beliau.
Quote TeropongSenyap 10-2-2026 06:10 PM
Sapa le yg masih support achik ni
Quote B40tastePosh 10-2-2026 06:42 PM
Bukan ke kau yang Merempan kena cerai semasa Live dalam TikTok kah??
Quote B40tastePosh 10-2-2026 06:43 PM
TeropongSenyap replied at 10-2-2026 06:10 PM
Sapa le yg masih support achik ni

Melayu Singapore yang support acik ni

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.797330 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top