CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kluster tibi: Satu kes dikesan di Pontian libatkan murid sekolah - Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)

9-2-2026 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30641| Komen: 6

 


PONTIAN – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian mengesahkan satu lagi kes jangkitan tuberkulosis atau tibi membabitkan murid sekolah di daerah ini.

Kes terbaharu itu menjadikan tujuh kes tibi dikesan membabitkan murid di lima sekolah sekitar kluster tibi di Kota Tinggi sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, PKD Pontian telah mengambil tindakan segera dengan mengenal pasti semua kontak rapat yang terlibat.

Katanya, yang dikenal pasti telah dimaklumkan dan diminta hadir ke Klinik Kesihatan Pontian bagi menjalani saringan kesihatan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebagai langkah pencegahan awal, tindakan sanitasi serta pembersihan menyeluruh akan dilaksanakan oleh PKD Pontian di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular dimedia sosial mengenai surat yang dikeluarkan oleh PKD Pontian kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Pontian yang ditandatangani oleh Pegawai Kesihatan Kanan, PKD Pontian, Dr. Norli Rosli.

Surat itu dengan tajuk menjalankan saringan X-Ray kepada Kontek Kes Tibi yang diadakan pada 5, 6. 9. 10 Februari di Klinik Kesihatan (KK) Pontian.

Tambah Aznan, ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah serta komuniti setempat terus terpelihara.

“Dalam hal ini, semua pihak sekolah diingatkan agar sentiasa mematuhi arahan dan garis panduan KKM dari semasa ke semasa,”jelas beliau. 

Sumber: – KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 9-2-2026 05:21 PM
Penyakit TB ni dah hapus dah di malaysia dulu. Macam mana boleh timbul balik. Pelajar warga asing masuk sekolah ke?
Quote mejaputih 9-2-2026 06:43 PM
Tibi boleh berjangkit melalui apa ye?
Quote ragazza 9-2-2026 06:49 PM
Kat sekolah JB pun ada. Dah masuk news ke belum?
Quote silance 9-2-2026 06:52 PM
ultra78 replied at 9-2-2026 05:21 PM
Penyakit TB ni dah hapus dah di malaysia dulu. Macam mana boleh timbul balik. Pelajar warga asing ma ...

Orang Malasia pun ramai yang pegi luar negare. Mungkin mereka sendiri yang bawa balik kuman....
Tak semestinye warge asing yang bawa masuk...saye tetap positive bersangka baik pada warga asing....

-Yang benar
Pencinta warga asing.
Quote sambaldurian 10-2-2026 07:53 AM
Aku ada terbaca booster BCG yg dream 6 tu dh xde, yg buat parut gelembung tu dh xde. Memadai dgn vaksin waktu baby je. Pastu ko rs, dgn ada parents jenis 'woke' ni, xnk vaksin la , mana x tibi dtg balik.
Quote Kitty_catz 10-2-2026 08:38 AM
kat klantam pun udah ada

so lepas balik dr raya ni, sek2 mung postcode shah aley, gombok, rawe, kaje , sila la pakai mask bila naik opehh naaaaa

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.163669 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top