|
SEOUL – Pentadbiran sebuah wilayah di Korea Selatan memohon maaf selepas seorang datuk bandarnya mencadangkan mengimport wanita muda dari Asia Tenggara untuk meningkatkan kadar kelahiran di negara itu.
Datuk Bandar Jindo, Kim Hee-soo berkata minggu lalu bahawa kawasan pedalaman boleh menangani masalah penyusutan populasi dengan menggandingkan lelaki bujang dengan wanita yang dipujuk datang dari Vietnam atau Sri Lanka. “Kita harus mengimport wanita muda dari Vietnam atau Sri Lanka supaya lelaki muda di kawasan luar bandar boleh mengahwini mereka,” katanya pada satu mesyuarat. Kenyataan itu dikecam media tempatan dan mencetuskan tindak balas diplomatik termasuk aduan rasmi daripada kedutaan Vietnam di Seoul. Kerajaan wilayah Jeolla Selatan yang menyelia daerah Kim berusaha untuk meredakan kontroversi yang memuncak pada hujung minggu lalu itu. “Kami memohon maaf atas kenyataan tidak sesuai dibuat Datuk Bandar Jindo, yang menyakiti hati rakyat Vietnam dan wanita secara amnya. “Perkataan ‘import’ yang digunakan Hee-soo melanggar maruah manusia dan menjadikan wanita sebagai objek,” kata seorang jurucakap kerajaan pada Sabtu lepas sambil menambah, penggunaannya tidak wajar dalam apa jua keadaan’. He-soo juga memohon maaf dan mengaku bahawa beliau telah menggunakan perkataan yang ‘tidak sesuai’. Korea Selatan mempunyai kadar kelahiran antara paling rendah di dunia, dan membelanjakan berbilion-bilion dolar dalam usaha menggalakkan wanita mempunyai lebih ramai anak bagi mengekalkan kestabilan populasi. Beberapa unjuran menganggarkan bahawa pada kadar semasa, populasi Korea Selatan akan berkurangan hampir separuh kepada 26.8 juta orang menjelang akhir abad ini. – AFP Sumber: Kosmo
|
plywood replied at 9-2-2026 02:40 PM
Masalah yang dihadapi penduduk di negara maju... orang tak mau ada anak ramai kerana kos mahal. Mana ...

plywood: Masalah yang dihadapi penduduk di negara maju... orang tak mau ada anak ramai kerana kos mahal. Mana-mana negara yang sedang bergerak untuk mencapai n ...
“Kita harus mengimport wanita muda dari Vietnam atau Sri Lanka supaya lelaki muda di kawasan luar bandar boleh mengahwini mereka,” katanya pada satu mesyuarat.

akies replied at 10-2-2026 07:35 AM
Cer import org indonesia.
Diorg tu kan fanatik betul dengan org korea


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.202860 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.