|
Penyanyi dan pelakon Erra Fazira berkongsikan anak perempuannya, Engku Aleesya menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang psikiatri.
Memetik mStar Online, Erra berkata Aleesya kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat A Level di sebuah kolej. Menurut Erra, anaknya dilihat seorang yang pendiam namun gemar memerhati karakter orang sekeliling dan baginya bidang tersebut sesuai dengan Aleesya. “InsyaAllah tahun depan baru kami buat keputusan sama ada dia akan melanjutkan pelajaran di luar negara atau dalam negara saja. “Cita-cita Aleesya nak jadi psikiatri kerana dia minat membaca. Saya rasa kenapa dia minat bidang ini adalah Aleesya seorang pemerhati. “Dari dulu dia memang diam tapi memerhati karakter orang lain. Tiba-tiba dia nak pilih bidang psikiatri ini saya rasa memang sesuai dengan dirinya,” katanya. Sementara itu, mengulas mengenai kehidupannya sebagai anak selebriti terkenal, Erra berkata Aleesya pernah rasa kurang selesa dikaitkan dengan populariti namun kini anaknya lebih matang. “Saya tahu kadang-kadang reaksinya tidak selesa bila orang selalu mengaitkannya dengan ‘Erra Fazira’. Saya tahu dia pernah melalui fasa tidak selesa tapi sekarang dia lebih terbuka dan matang. Sekarang tak rasa kekok jika berada di khalayak ramai. Dia dah boleh handle situasi itu,” katanya. Sumber: mStar Online, Rotikaya
|
prince_marhaen replied at 10-2-2026 09:14 AM
Meols terkejut dia berani, nak & sanggup keluar berlakon cameo jadi Erra/Wati dalam konsert Sembilu ...
lasagna replied at 10-2-2026 09:48 AM
jer btul, tp mlm tu Aleesya pya debor kita mana nak tau..
masa dia kayuh beskal, crowd dah mula ri ...
lasagna replied at 9-2-2026 03:48 PM
jer btul, tp mlm tu Aleesya pya debor kita mana nak tau..
masa dia kayuh beskal, crowd dah mula ri ...
BungaKencana replied at 10-2-2026 10:17 AM
iols tak blh move on lg dgn sembilu... suara dorang mmg padu betul, kak gee punya tarik smpai mele ...

prince_marhaen replied at 10-2-2026 11:24 AM
Kaseh skrip dia sebaris je.... "Aku Ziana!" terus tok selam cutttt? haha
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.606832 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.