CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Along Eyzendy Kini Ditidurkan Di ICU Hospital Serdang

6-2-2026 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17535| Komen: 13

 



Pelakon Along Eyzendy terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.

Perkara itu dimaklumkan oleh pelakon Zalif Sidek menerusi Instagram miliknya meminta agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat Along.

“Minta doakan kesihatan sahabat kita, Along Eyzendy, baru dapat update dari isteri Along.

“Along telah ditidurkan buat masa sekarang ini dan berada di ICU Hospital Serdang. Kita doakan agar Along kuat untuk bangun,” katanya.

Sementara itu, Zalif turut mendoakan agar isteri Along agar terus kuat menghadapi ujian tersebut.

Memetik Harian Metro, Along mula dimasukkan wad pada Jumaat lalu akibat demam dan batuk berpanjangan sebelum doktor mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedunya.

Menurut isterinya, hasil pemeriksaan ultrabunyi mendapati terdapat bengkak dan takungan nanah pada pundi hempedu suaminya.

Sumber: Harian Metro, Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamaazim 6-2-2026 10:51 AM
Moga Allah berikan kesembuhan buat beliau
Quote kayujaras 6-2-2026 10:56 AM
innalillah.. semoga kembali sembuh
Quote cap_ayam 6-2-2026 12:06 PM
Semoga cepat sembuh.
Quote Udangpetai 6-2-2026 01:55 PM
Semoga cepat sembuh…
Quote Tinot7 6-2-2026 05:46 PM
Aritu baca kat threads rani kulop ditidurkan.. now dia ni..
Get well soon
Quote asfaz 6-2-2026 06:18 PM
Semoga kembali sembuh.aamiin
Quote asfaz 6-2-2026 06:21 PM
1000256886.jpg 1000256888.jpg
Quote LadyCarefree 6-2-2026 07:04 PM
Kenapa agaknya doktor xbedah buang je gallbladder?

Apapun xkenal mamat ni. Xfemes lah kot. Xmacam samsol rao masuk hospital private pastu bini buat2 terkejut bil mahal pastu oklah orang derma
Quote awanysss 6-2-2026 08:02 PM
semoga cepat sembuh..
Quote Shayang 6-2-2026 08:04 PM
Sblm ni selalu tgk live dia jual nasi lemak pepagi kat semenyih.
Semoga lekas sembuh, anak2 masih sekolah. Wife dia pun tinggal satu ginjal sbb derma kat dia.
Walaupun sakit beliau ni gigih cari rezeki takde meminta2 sana sini.
Quote Sekaisilver 6-2-2026 08:17 PM
Semoga diberikan kesembuhan.

Quote doubleA 6-2-2026 08:49 PM
Shayang replied at 6-2-2026 08:04 PM
Sblm ni selalu tgk live dia jual nasi lemak pepagi kat semenyih.
Semoga lekas sembuh, anak2 masih se ...

Sedih plak dengar. Semoga Allah sembuhkan dan mudahkan urusan wife and anak2 beliau. Amin.
Quote bellaamsar 6-2-2026 11:39 PM
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan along sekeluarga

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.242294 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top