CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dedah siapa lelaki berjambang, Kekasih Noor Nabila 10 Tahun Lebih Muda, Keluarga Dah Restu - “Dia pandai memasak"

6-2-2026 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15071| Komen: 34

 



Usahawan Noor Nabila mengesahkan gambar lelaki berjambang yang dimuat naik di Insta Story miliknya adalah kekasih hatinya yang dikenali sebagai MR AA.

Memetik mStar Online, Nabila berkata dia sudah mengenali Mr AA sejak April tahun lalu dan masih dalam fasa mengenali satu sama lain.

 


“Dia adalah lelaki yang sedang saya kenali rapat sekarang ini. Dia merupakan seorang jurulatih peribadi dan sekarang rakan kongsi untuk perniagaan yang saya usahakan.

“Pada tahap usia dan pengalaman hidup saya sekarang ini, saya lebih menghargai ketenangan, nak rasa selamat daripada segi emosi serta cara berfikir berbanding perkara lain.

“Kami dah kawan sejak April tahun lalu dan terbuka ke arah perkahwinan. Kedua-dua keluarga pun dah restu hubungan ini. Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Nabila berkata meskipun mereka berbeza usia 10 tahun namun dia menyifatkan Mr AA seorang yang penyayang serta pandai memasak.


 


“Sifatnya ceria, tenang, penyayang dan sangat menghormati saya serta keluarga terutama anak saya. Dia juga miliki naluri kebapaan semula jadi. Itu yang sangat saya hargai sebagai seorang ibu.

“Apa yang buatkan saya lebih tertarik adalah dia pandai memasak. Kami juga buat persiapan untuk mengusahakan perniagaan makanan Jepun bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila berkata selepas melalui pengalaman perkahwinan sebelum ini dia kini lebih berhati-hati untuk mengenali seseorang serta meminta mendoakan hubungan mereka dipermudahkan.

Sumber & kredit gambar: mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misszazaz 6-2-2026 09:26 AM
hhrrrmmmm
Quote TMZ.com 6-2-2026 09:27 AM
Adik kakak sama je belum apa2 mmg mudah di peluk
Quote youell 6-2-2026 09:41 AM
Murah
Quote afie_m 6-2-2026 09:45 AM
apa2 ja lah..cuti2 dah ya
Quote mawarputih2612 6-2-2026 09:50 AM
dia ni umur berapa tp perangai mcmni
Quote LaskarHijayu 6-2-2026 09:53 AM
Tu diaaaaaa...... menjela2 puji2 dia bg...
Quote annehuda 6-2-2026 10:14 AM
family ni mmg baru kenal dah peluk2 lepas tu tak kekal pun. mcm tak serik2
Quote pembacagosip 6-2-2026 10:24 AM
yg ke 4
hebat
Quote fattymah 6-2-2026 10:42 AM
Manager situ gaji ciput.. takde leh mewah pun.. tu je nak cakap
Quote bankerpencen 6-2-2026 11:02 AM
Sskjp… Bertukar-tukar jantan memang biasa
Quote boudinniA 6-2-2026 11:15 AM
Yang ini takde ke ustaz, ustazah, influencers islamik, PU nak tegur. Kalau artis atau orang lain laju je theyols tegur.
Quote cmf_PariS 6-2-2026 11:37 AM
boudinniA replied at 6-2-2026 11:15 AM
Yang ini takde ke ustaz, ustazah, influencers islamik, PU nak tegur. Kalau artis atau orang lain laj ...

kan... keluarga sendiri mcm2... kakak adik mcm haper... ada hati nk tarbiah netizen di luar.. ceh!
Quote elleaffa 6-2-2026 12:11 PM
kendo, helok kejadian
Quote makadek 6-2-2026 12:14 PM
awam nya muka
Quote nolya 6-2-2026 12:18 PM
Doakan aje le semoga kali ni jadi. Boleh buka niaga sama2.  BTW, Nanas tak tercuit di hati ke?
Quote black_handbag 6-2-2026 12:19 PM
so ko nak bela bewak ke nabila? nampak sgt budak tu nak kat ko sbb ko spedo dia macam2. aku igtkan kaya raya la seorang yg successful gitu, apo mengusahakan perniagaan bersama? ko yg kuar duit la ek kaknab? boleh ke tu.. sedangkan nenas dulu bagi nafkah rm500 pun ko bising. ini ko nak spedo takpe pulak eh?
Quote dubuk 6-2-2026 12:21 PM
Rasanya dah tahu siapa yang kerjakan siapa nanti.. aumm
Quote Lily_Elizabeth_ 6-2-2026 12:33 PM
Selamba badak berpeluk. Gila family ni.
Quote kalchi 6-2-2026 12:38 PM
Nabila ni cantik, tapi muka agak tua dr usia dia. Jd nmpka beza dgn mamat ni.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.163742 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top