|
KUALA LUMPUR — Warga China menjadi kumpulan paling ramai membeli hartanah di Malaysia menerusi program Malaysia My Second Home (MM2H), berdasarkan data pembelian dari tahun 2023 hingga 31 Disember 2025.
Menurut statistik rasmi, seramai 744 peserta MM2H telah berjaya membeli hartanah sepanjang tempoh tersebut, dengan pembeli dari China mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 304 unit. Ia diikuti oleh peserta dari Taiwan dengan 91 unit, Singapura (63 unit), Amerika Syarikat (41 unit), United Kingdom (40 unit), Hong Kong (34 unit) dan Australia (29 unit). Negara lain yang turut merekodkan pembelian termasuk Bangladesh, Korea Selatan, Indonesia dan Jepun. Pihak kementerian menjelaskan bahawa pembelian hartanah oleh peserta MM2H tertakluk kepada kategori nilai minimum yang telah ditetapkan, antaranya kategori Platinum bagi hartanah bernilai RM2 juta ke atas, Gold bermula RM1 juta, serta kategori lain mengikut syarat semasa. Dalam masa yang sama, kerajaan menegaskan bahawa program MM2H tidak dikhususkan kepada mana-mana negara, sebaliknya terbuka kepada pemohon dari seluruh dunia yang memenuhi kriteria kelayakan ditetapkan. Selain pembelian yang telah disempurnakan, terdapat 2,637 peserta MM2H yang kini masih dalam proses mencari atau memuktamadkan pembelian hartanah di Malaysia. Program MM2H diperkenalkan bagi menarik warga asing menetap dalam jangka panjang di Malaysia, sekali gus menyumbang kepada sektor hartanah dan ekonomi negara secara keseluruhan. Sumber: Sinar Harian
|
BoongaKertas replied at 4-2-2026 04:47 PM
agak2 area yg ramai prc tu nanti boleh buat value turun tak? sbb kes haritu viral prc tu mabuk sampa ...
silance replied at 4-2-2026 03:08 PM
Ia diikuti oleh peserta dari Taiwan dengan 91 unit, Singapura (63 unit), Amerika Syarikat (41 unit), ...
PULANGKAN replied at 4-2-2026 11:08 AM
boleh jadi. hazab wey duduk dekat dengan diorang ni. ada yang perangai macam orang takde tamadun
axl_bach replied at 4-2-2026 03:25 PM
Dah tentu lah China PRC yg teramai, dah Tanah Ujong mmg nk jual kat dorg
Dysania@72 replied at 5-2-2026 10:45 AM
kat penang ni mmg sepah laaa puak PRC ni


plywood replied at 5-2-2026 09:13 AM
itulah ramai netizen yang pandang rendah... ada jg orang kaya bangladesh yang dtg ke malaysia ni be ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.138070 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.