|
Pelakon Datin Intan Najuwa menjelaskan tentang tindakan memberi anak perempuannya, Imane Lunara, minum air tembikai pada usia 1 tahun 1 bulan. Menurut Intan, 29, setakat ini Lunara tidak menunjukkan sebarang reaksi atau kesan sampingan selepas meminumnya. Intan turut menjelaskan, dia dibantu oleh jururawat pediatrik peribadi di rumah yang memantau setiap pemakanan Lunara dengan teliti.
"Untuk menjawab soalan ini, dan juga untuk beberapa pengikut saya yang mungkin tertanya-tanya tentang smoothie dan jus yang saya kongsikan untuk Lunara, saya ingin jelaskan sedikit. "Setakat ini, Lunara tidak pernah mengalami sebarang reaksi buruk atau kesan sampingan terhadap apa-apa yang kami perkenalkan kepadanya." "Kami mempunyai jururawat pediatrik peribadi yang tinggal bersama kami dan menjaga Lunara sepenuh masa, jadi segala yang diberikan kepadanya, termasuk jadual makanan dan jus, dirancang dengan teliti, selamat dan bebas daripada bahan yang boleh menyebabkan alahan." Malahan, Intan Najuwa Abdul Wahid sudah mendapat kebenaran doktor sebelum memberikan Lunara jus tembikai. "Jus tembikai ini berkesan dengan baik untuk Lunara, namun ia mungkin tidak sesuai untuk setiap kanak-kanak. Malah, doktor sendiri telah memberikan kebenaran untuk kami memasukkannya dalam pemakanan Lunara."
Sebelum ini, ada netizen bertanya sama ada jus tembikai sesuai untuk kanak-kanak bawah dua tahun, selepas anaknya mengalami cirit-birit dan muntah sejurus meminumnya. Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023. Pasangan ini kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Lunara pada 15 Disember 2024. Sumber: Instagram, Oh Bulan |
brainbiru replied at 4-2-2026 01:30 PM
Muka dia mcm exwife Hafidz Roshdi.
Anak dia pun sama mcm exwife Hafidz Roshdi



tasha replied at 4-2-2026 02:51 PM
Kau....punya lah taksuber intan ni memuji kecantikan sheols..u g samankan intan dgn ngai xs pun lo ...
brainbiru replied at 4-2-2026 03:57 PM
Ngai kalau touchup sikit by MUA, insyaAllah dapat merasai wajah yg sama seperti tintan yg TT tempe ...
Perawankota replied at 4-2-2026 03:10 PM
Smpi sanggup hire nurse yer. Tak per, Kaya kan..

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.167452 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.