CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Tan Sri Azam Baki

4-2-2026 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9213| Komen: 0

 



Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka semula siasatan terhadap mana-mana kes jika terdapat petunjuk baharu, walaupun kes itu sebelum ini diklasifikasikan sebagai tiada kes.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu boleh dilakukan kerana siasatan terhadap kes jenayah tidak ada had masa.

"Kes ini mungkin pada suatu ketika dahulu dikatakan tidak ada kes tetapi sekiranya ada bukti, petunjuk ataupun lead baharu, SPRM akan menjalankan siasatan.

"Banyak kes yang terdahulu, sama ada suka atau tidak suka, kita telah meneruskan siasatan," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan SPRM di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jika SPRM akan membuka semula siasatan terhadap kes lama yang mendapat banyak aduan di bawah seliaan JWP.

Mengulas lanjut, Azam turut menegaskan SPRM tidak akan menjalankan pemantauan secara menyeluruh ke atas semua jabatan tanpa asas siasatan atau maklumat yang kukuh.

"Kita tidak pergi pusing semua jabatan untuk tengok sistem dan kelemahan yang ada di sana. Itu bukan kerja kami," katanya.

Sebaliknya, beliau menyarankan ketua-ketua jabatan supaya lebih proaktif menilai kelemahan dalam sistem masing-masing dan melaporkannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

Azam berkata, SPRM hanya akan mengambil tindakan berdasarkan maklumat atau siasatan yang dijalankan, termasuk melalui kerjasama seperti Nota Kerjasama dengan JWP bagi memperbaiki tadbir urus, prosedur serta menutup ruang kelemahan yang boleh membuka peluang kepada rasuah.

Sumber: Harian Metro
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:36 PM GMT+8 , Processed in 1.359140 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top