CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak lelaki Puteri Mahkota Norway mengaku tidak bersalah atas tuduhan rogol

4-2-2026 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7208| Komen: 7

 



Oslo: Anak lelaki Puteri Mahkota Norway mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rogol dan keganasan rumah tangga pada hari pertama perbicaraannya pada 3 Februari, semalam, dalam kes yang menimbulkan krisis kepada keluarga diraja negara itu.

Marius Borg Hoiby, 29, anak kepada Puteri Mahkota Mette-Marit dan anak tiri Putera Mahkota Haakon, berdepan hukuman penjara beberapa tahun jika didapati bersalah atas pertuduhan paling serius daripada 38 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Kes itu disifatkan sebagai krisis paling serius melanda keluarga diraja Norway, walaupun Hoiby tidak mempunyai gelaran diraja dan berada di luar senarai pewarisan takhta.

Pada 3 Februari, Hoiby mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan rogol dan satu pertuduhan keganasan rumah tangga.

Bagaimanapun, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan kelakuan seksual ofensif, memandu terlalu laju dan memandu tanpa lesen sah, selain beberapa pertuduhan lain.

Hoiby juga mengaku sebahagian bersalah terhadap pertuduhan serangan teruk dan kelakuan melulu, iaitu pengakuan yang dibenarkan di bawah undang-undang Norway.

Dalam pada itu, ketua pendakwa raya, Sturla Henriksboe berkata, Hoiby akan dilayan seperti mana-mana rakyat Norway lain tanpa sebarang layanan istimewa.

Putera Mahkota Haakon dan Puteri Mahkota Mette-Marit tidak merancang untuk menghadiri prosiding mahkamah dan menyatakan kepercayaan terhadap sistem keadilan negara itu.

Sementara itu, Putera Mahkota Haakon berkata, Hoiby adalah warganegara Norway yang mempunyai tanggungjawab dan hak sama seperti orang lain, selain menzahirkan simpati kepada mangsa yang didakwa.

Antara pertuduhan terhadap Hoiby adalah satu pertuduhan rogol membabitkan hubungan seksual dan tiga pertuduhan rogol tanpa hubungan seksual, yang sebahagiannya dirakam menggunakan telefon bimbit.

Pada Januari, pihak pendakwaan menambah pertuduhan baharu termasuk memiliki dan mengangkut ganja seberat 3.5 kilogram (kg).

Pada 2024, Hoiby dinamakan polis sebagai suspek serangan fizikal terhadap seorang wanita yang pernah menjalin hubungan dengannya dan dia mengaku menyesali perbuatannya.

Perbicaraan itu berlangsung ketika keluarga diraja Norway berdepan pelbagai cabaran lain, termasuk isu kesihatan Raja Harald dan penelitian terhadap Puteri Mahkota Mette-Marit berhubung hubungannya dengan pesalah seks Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Epstein.

Sumber: Harian Metro
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-2-2026 10:46 AM
Anak tiri pun dapat title prince.

Quote nisako 4-2-2026 01:13 PM
muka cm org jahat je
Quote lipans 4-2-2026 02:04 PM
epstein dah mati, kalau tak mesti dia akan subscribe eipstein punya program.
Quote Decaffeinated 4-2-2026 02:29 PM
pertuduhan terhadap Hoiby adalah satu pertuduhan rogol membabitkan hubungan seksual dan tiga pertuduhan rogol tanpa hubungan seksual

ada eh?
Quote Decaffeinated 4-2-2026 02:31 PM
sharlenetexas replied at 4-2-2026 10:46 AM
Anak tiri pun dapat title prince.

'Hoiby tidak mempunyai gelaran diraja dan berada di luar senarai pewarisan takhta.'

membaca amalan mulia.

Quote sharlenetexas 4-2-2026 03:23 PM
Decaffeinated replied at 4-2-2026 02:31 PM
'Hoiby tidak mempunyai gelaran diraja dan berada di luar senarai pewarisan takhta.'

membaca amala ...


Quote rosewhite 4-2-2026 04:51 PM
bapa kandung dia pun penagih dadah kan. maknya pun sama cuma sejak kawin dgn prince norway ni, nampaklah mak dia clean sikit.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.787961 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top