|
Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan membuat penjelasan terperinci mengenai isu Jajaran Sempadan Malaysia–Indonesia pada sesi Parlimen pagi ini.
Beliau berkata, penjelasan itu bertujuan untuk memperbetulkan kekeliruan masyarakat berhubung isu berkenaan. "Isu Jajaran Sempadan Malaysia–Indonesia akan saya jelaskan secara terperinci dalam Sesi Penerangan Khas di Parlimen pagi ini. "Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada semua, khususnya bagi memperbetulkan kekeliruan dan salah faham yang telah timbul dalam kalangan masyarakat," katanya dalam media sosialnya, hari ini. Pada 24 Januari lalu, Anwar menegaskan Malaysia masih menjalankan rundingan secara harmoni dengan Indonesia berhubung isu pengukuran sempadan darat membabitkan tiga kampung di Kalimantan Utara, Indonesia. Beliau turut menolak dakwaan kononnya Malaysia telah menyerahkan tanah kepada republik itu. Sehari sebelum itu, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menjelaskan laporan media yang mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah–Kalimantan adalah tidak tepat. Baru-baru ini, media melaporkan tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara, didakwa kini beralih ke Malaysia, namun pertikaian sempadan di kawasan Pulau Sebatik masih belum diselesaikan, sementara Indonesia dilaporkan memperoleh tambahan kawasan seluas 5,207 hektar daripada Malaysia. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.302287 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.