CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Memang Nak Kahwin…Belum Jumpa Jodoh” - Zizan Razak

4-2-2026 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7407| Komen: 4

 



Pelakon Zizan Razak mengakui terkejut namun tidak terasa hati apabila ada pihak menggelarnya Presiden Single kerana belum berkahwin.

Memetik HibGlam, Zizan turut berseloroh mengatakan dia mahu membuka keahlian serta mahu menapis mahu mencari mereka yang single sahaja.

“Boleh saja saya jadi presiden. Kalau saya jadi presiden, saya buka keahlian. Macam persatuan lain juga, tapi ini ‘Group Presiden Single’. Maksudnya jangan kacau kami. Saya nak tapis dan pastikan ahli yang betul-betul single sahaja. Jangan buat hal,” katanya.

Sementara itu, Zizan berkata mengenai gambarnya bersama wanita berhijab itu hanya AI sahaja dan bergurau sahaja.

“Foto dengan wanita berhijab itu sekadar kandungan hiburan sahaja. Saya hanya komen pada Jaa Suzuran, minta dia hasilkan satu foto dengan wanita hasil teknologi kecerdasan buatan (AI), tak sangka pula dia terus buat,

“Bila saya muat naik, terkejut sebab tontonan cecah lima juta dan komen pun dah banyak. Nak padam rasa sayang, jadi biarlah kekal begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Zizan berkata sebagai manusia biasa sudah pasti mempunyai keinginan untuk berkahwin namun belum bertemu jodoh lagi.

“Semua itu sekadar gurauan dengan peminat. Namun, saya tahu ramai yang nak tengok saya kahwin. Saya doakan juga dan memang sudah layak cuma belum jumpa jodoh lagi. Kalau ada nanti, saya akan umumkan. Saya memang nak kahwin,” katanya.

Sumber: HibGlam, Rotikaya
 
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 4-2-2026 11:08 AM
siapa yg sebelah heols tu? if bukan related dgn heols, mcm dekat sgt jer tu. segan plak tgk.
Quote Mekgadis16 4-2-2026 11:28 AM
BoongaKertas replied at 4-2-2026 11:08 AM
siapa yg sebelah heols tu? if bukan related dgn heols, mcm dekat sgt jer tu. segan plak tgk.

Gambar ai katanyaaa
Quote BoongaKertas 4-2-2026 11:30 AM

serius? dem, bodo eh AI ni. ya ampun. boleh mndtgkan fitnah dah.
Quote babelina 4-2-2026 02:34 PM
omg .. AI mmg taw.. adik ipar i ols.. x benti2 up kt status wassap mcm2.. dia g sana cni.. ambik gmbr sana cni.. semua AI.. pastu bila biras pula komen2 menipu.. dh xpuas ht..hahaha..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.263257 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top