|
Pelakon Aedy Ashraf bertetuju dengan pendapat seorang netizen bahawa lelaki perlu bersedia serta membuat persiapan dari pelbagai sudut sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga. Menerusi satu hantaran di Threads, individu itu berkata seorang lelaki tidak seharusnya tergesa-gesa berkahwin sekiranya belum bersedia dari segi tanggungjawab serta mentaliti untuk bergelar sebagai seorang suami serta bapa. “Jenayah terbesar lelaki buat adalah bila kau miskin tapi kau kawin. kau miskin tapi buat anak. kau dah miskin sorang ii lpstu kau heret anak bini kau miskin sekali. “Saya tak cakap pasal miskin harta. tapi miskin akal, empati, jati diri, iman, ilmu, amanah, tanggungjawab, komunikasi, arah hidup, hati dan mentaliti,” katanya. Hantaran individu itu mendapat perhatian Aedy yang mengakui pernah berada dalam situasi sama. Kenyataan Aedy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kejujuran pelakon itu serta mengakui kelemahan diri.
|
uda replied at 4-2-2026 11:35 AM
Btw, apa cerita kes Aedy ni?
BoongaKertas replied at 4-2-2026 11:10 AM
betul! now tgh trending kat thread psl jantan miskin ni dia cari pompuan berkerjaya, ada rumah and k ...
tukul replied at 4-2-2026 04:59 AM
Agaknya ada je perempuan bodoh asal berlaki nak....I counter one..cuma beza laki tu takde bini..cu ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.070451 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.