CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ini Fitnah…Kelakar” – Nadia Brian Nafi Tanggung Kekasihnya, Nedim

4-2-2026 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7933| Komen: 7

 


Pelakon Nadia Brian mengakui terkejut dengan dakwaan menanggung kekasihnya, Nedim Nazri yang dikatakan tidak berduit.

Memetik HibGlam, Nadia berkata dakwaan itu adalah fitnah serta berniat mahu menjatuhkan mereka. Namun sebagai anak seni dia sudah biasa dengan fitnah dilemparkan.

“Ini fitnah dan tidak benar. Kelakar, macam manalah orang boleh tabur fitnah untuk menjatuhkan individu lain.

“Sebagai anak seni, saya tidak sedih sebab sudah terbiasa dengan perkara sebegini (fitnah). Benda yang kita tak buat tetapi orang cakap kita lakukan, ada saja tak kena.

“Cuma terkejut dan harap orang ramai dapat terus mendoakan kami berdua ke arah lebih baik dan bahagia, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Nadia turut memberi peringatan kepada penabur fitnah agar berhenti melakukan perbuatan sedemikian sebaliknya mendoakan yang baik-baik untuknya dan Nedim.

“Semua ini benda-benda yang nak mengaibkan. Kepada sesiapa yang buat cerita, maaf sebab fitnah ini tak jalanlah. Lebih baik doakan yang baik-baik, kita semua akan bahagia, insya-Allah,” katanya.

Sumber: HibGlam, Rotikaya
 
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-2-2026 10:40 AM
Sejarah berulang. Dulu pun gosip nowa tanggung boned.


Quote lanacondor 4-2-2026 08:19 PM
Ko kawen jela dah suka sama suka. Umur pon bukan muda nak kenal hati budi bagai. Nikah jela cpt xpyh perli2 lagi
Quote Paiya 4-2-2026 08:50 PM
betullah cakap sorang forumer tu, dia ni, bila senyum macam tak ada gigi
Quote dudaberhias 4-2-2026 10:13 PM
Pintu grill karat rumah sheols dah cat belum? Nak jugak ye sheols dekat pembunuh tu. Mampukah pembunuh tu buat loam rumah nanti?
Quote cawanmilosuam 4-2-2026 10:54 PM
hari tu tertengok NB blakon dia syok kat syukri yahya, ya ampun, x best nya dia blakon...
Quote rayna_raynes 4-2-2026 11:30 PM
Memang kelakar. Mustahil Nadia Brian nak lelaki miskin, dahla tak hensem
Quote ZORRO5555 5-2-2026 08:54 PM
Selamat ternak biawak

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.145106 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top