|
ALOR SETAR – Masalah kewangan dan sikap baran suspek dipercayai menjadi motif pembunuhan tragis eksekutif bank di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut susulan tahanan reman suspek berusia 29 tahun itu hari ini. “Suspek mempunyai masalah panas baran dan siasatan awal kejadian ini dipercayai berpunca akibat masalah kewangan. “Bagaimanapun, kejadian ini masih disiasat dan suspek direman tujuh hari sehingga 9 Februari ini untuk membantu siasatan, ” katanya ketika dihubungi hari ini. Kata beliau, suspek didakwa mengalami masalah kewangan dan dikatakan sering meminta wang daripada si mati. Menurutnya, pihak polis sedang mengesan senjata yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam ibu tunggal anak enam dalam kejadian itu. “Setakat ini usaha untuk mencari senjata itu sedang dilakukan. Hasil siasatan mendapati, hanya suspek melakukan kegiatan itu seorang diri,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE
|
prince_marhaen: Entahlah... nak sangat bad boy ...
prince_marhaen: Entahlah... nak sangat bad boy kan... dapat pucuk muda.. hujung2 kena tikam. Patut awal2 fikir masa depan anak2 je...kerja dah bagus.
prince_marhaen replied at 4-2-2026 09:13 AM
Entahlah... nak sangat bad boy kan... dapat pucuk muda.. hujung2 kena tikam. Patut awal2 fikir masa ...


SecretLuv replied at 3-2-2026 03:19 PM
Bukan anak dia sendiri yang bunuh ke
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.935661 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.