|
SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengesahkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan sebuah restoran yang menggunakan sisa pelanggan untuk digunakan semula keesokan harinya.
Pengarahnya, Dr. Zuraida Mohamed berkata, pihaknya baru menerima laporan berkenaan dakwaan isu berkenaan pada pukul 1 tengah hari tadi. “Saya telah pun meminta pegawai berkaitan turun ke lokasi dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi. Terdahulu, sebuah video tular di media sosial menunjukkan tindakan pekerja sebuah restoran yang didakwa menggunakan semula lebihan makanan hingga mencetuskan kemarahan orang ramai. Individu dikenali sebagai Silohna King mendakwa, dia melihat kejadian itu pada pukul 12.18 tengah malam di belakang premis itu. Menurutnya, beliau melihat seorang pekerja mencuci sisa makanan termasuk daging ayam, daging kambing dan tauhu yang dipercayai lebihan pelanggan sebelum diasingkan ke dalam dulang. Sumber : –KOSMO! ONLINE
|

orangbiasaje replied at 3-2-2026 05:37 PM
kedai apa kat n9 ni? nak elak.
KamikuP replied at 4-2-2026 08:58 AM
Straw pun sama yaa cuolls, yg elok2 depa cuci recycle balik.. oleh itu lepas minum guna straw mohon ...





katanya sayang nak buang, boleh recycle

afie_m replied at 4-2-2026 09:45 AM
loya tekak lah...nasib lah aku tak suka mkn makanan mamak atau apa2 nasi kandar...
makita replied at 3-2-2026 09:38 PM
Resto Nasi Kandar depan Palm Mall
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.329755 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.