CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“10 Tahun Adalah Tempoh Sangat Panjang” – Jep Sepahtu Sebut Nama Shuib

2-2-2026 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32360| Komen: 14

 


Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mengumumkan dia mengundurkan diri sebagai penyampai dari stesen Sinar FM.

Menerusi perkongsian di Instagram, Jep memaklumkan hari ini adalah Jumaat terakhir dia bertugas sebagai penyampai stesen radio berkenaan.

Sementara itu, Jep berkata tempoh selama 10 tahun berkhidmat  adalah satu penjalanan yang panjang serta bersyukur dengan sokongan diterima.


Turut menjadi perhatian apabila Jep menyebut nama rakan seperjuangannya iaitu Shuib serta beberapa penyampai lain yang pernah bekerjasama dengannya.

“Sudah semestinya kepada partners saya dahulu, daripada segmen Sepahtu Sinar iaitu saya, Rahim dan Shuib. 

“Selepas itu, segmen Pagi Di Sinar bersama Rahim, Angah dan Siti Elizad, kemudian yang terbaharu saya bersama Rahim dan Ray,” katanya.

Dalam pada itu, Jep turut memohon maaf kepada semua rakan sekerjanya andai tersalah bicara atau terguris hati sepanjang mereka bekerjasama.

“Sepanjang tempoh 10 tahun ini mungkin ada gurauan, kata-kata yang tidak sedap didengar, atau terkasar bahasa. Tapi percayalah saya yakin semua itu hanyalah atas urusan kerja sahaja, tak ada lebih daripada itu,” katanya.

Sumber : Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brainbiru 2-2-2026 10:43 AM
Laaaa dia sebut Shuib sebagai nama yg pnh berkerja dgn dia pun.. nak jadi issue ke smpai kena jadi headline?? Aku rasa... penampilan dia yg mcm x mandi 10 hari tu, yg lebih layak di issue kan.. "Jep kelihatan x mandi 10 hari selepas berenti Sinar" ha getoh.
Quote MatDeghem 2-2-2026 12:37 PM
brainbiru replied at 2-2-2026 10:43 AM
Laaaa dia sebut Shuib sebagai nama yg pnh berkerja dgn dia pun.. nak jadi issue ke smpai kena jadi h ...

ingat pembersih....sampai OCD

[youtube]PA58AfkS8bw?si=MXTTPvSk7uEG_zYK[/youtube]



Quote seibei 2-2-2026 01:53 PM
brainbiru replied at 2-2-2026 10:43 AM
Laaaa dia sebut Shuib sebagai nama yg pnh berkerja dgn dia pun.. nak jadi issue ke smpai kena jadi h ...

lg manthopp tajuk tu

Quote Sendawg 2-2-2026 02:32 PM
brainbiru replied at 2-2-2026 10:43 AM
Laaaa dia sebut Shuib sebagai nama yg pnh berkerja dgn dia pun.. nak jadi issue ke smpai kena jadi h ...

Entah, duk ingat diorang bergaduh ke apa. Baru je nak jadi inspirasi/motivasi Rupa2nya takde apa pun.

Also still jeles Jeb dapat Sari Yanti. Lucky man.........
Quote miss_perfect 2-2-2026 04:18 PM
Apasal rambut dia macam ahso yang buat permed
Quote royaldanish 2-2-2026 04:39 PM
dulu ada yg kata sari x akan lama dengan jep sebab sari jenis yg kikis duit... mana perginya org tu sekarang ya...
Quote L.U.S.M 2-2-2026 05:41 PM
brainbiru replied at 2-2-2026 10:43 AM
Laaaa dia sebut Shuib sebagai nama yg pnh berkerja dgn dia pun.. nak jadi issue ke smpai kena jadi h ...

Baru nk ckp...apesal selekeh sgtttt...mcm pengotir pun ada...bukan suruh jadi hensem tp at least kemas la sikit...level jutawan bini artis tp muka mcm gelandangan hamis sgt
Quote LaskarHijayu 2-2-2026 08:25 PM
royaldanish replied at 2-2-2026 04:39 PM
dulu ada yg kata sari x akan lama dengan jep sebab sari jenis yg kikis duit... mana perginya org tu  ...

Tak daya laa sari nak lari agaknya anak ramai dgn jepp ni haha
Quote makita 2-2-2026 08:29 PM
Dah kenapa rambut mcm Uji Rashid masa free hair
Quote mrseller 3-2-2026 01:34 AM
Elok lah. Hauk pun jadi dj. Baik aku berenti sblm diberentikan
Quote mawarputih2612 3-2-2026 07:42 AM
wpun nampak busuk sgt penampilan tp aku kagum la dgn dia ni mampu jaga 2 anak istimewa tu. hebat
Quote lostnfaun 3-2-2026 07:53 AM
mrseller: Elok lah. Hauk pun jadi dj. Ba ...


Dia berhenti ke atau tak disambung kontrak ataupun kontrak baru tak berapa menarik.

Tengok geng dia yang lain macam masih stay kat Sinar.
Quote sweetfasha 3-2-2026 07:55 AM
sunyi plak pagi di sinar jep tak de. bunyi rahim macam struggle juga nak occopied kekeosongan tu

jangan rahim pun surrender plak..

all the best jep to new venture..
Quote supernaturalee 3-2-2026 11:21 AM
very the retro 80's style rambut die


ngam ni klu join video promo pakmat western...eheheheheh (gelak style pelakon filem laki 80an)

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.323922 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top