|
Pelakon Mia Sara berkata dia mengagumi bakat aktres Puteri Balqis serta melihatnya seorang yang mampu mengekpresikan perasaan dengan baik dalam lakonan.
Menerusi podcast bersama Datuk Aznil Hj Nawawi, Mia bagaimanapun berkata ramai yang menyalah tafsir serta pelbagai artikel muncul mengundang kecaman terhadap kedua-dua pihak. “Namun, industri menjadikan kami seolah-olah bermusuhan dan saling membenci antara satu sama lain. Kalau tak percaya cakap saya, boleh cari Puteri Balqis dan Mia Sara, artikel pertama kami, tahun berapa? “Awak rasa logik ke budak tujuh tahun dengan enam tahun atau 5 tahun sebab saya percaya dia dua atau tiga tahun lebih muda pada saya nak ada isu dan itu adalah pertama kali kami bertemu antara satu sama lain,” katanya. Sementara itu, Mia menjelaskan tindakannya ketika itu didorong kerana bimbang akan nasib Puteri Balqis akan menerima nasib sepertinya apabila menjadi sasaran netizen Namun, Mia mengakui cara penyampaiannya telah menimbulkan salah faham dan mencetuskan reaksi negatif daripada masyarakat. “Beberapa tahun kemudian, ketika saya berumur sekitar 15 tahun, orang ramai mula memuat naik gambar di TikTok dan terus mengecamnya dengan sangat keterlaluan. “Saya risau Puteri Balqis akan melalui perkara yang sama seperti saya. Niat saya ketika itu hanyalah untuk mempertahankan dan menyokongnya. “Saya cuba menyampaikan mesej supaya orang ramai menegur dengan baik dan tidak terus menghukum kerana kita tidak tahu apa yang seseorang itu lalui. “Cara saya bercakap sangat mengundang salah faham dan mengakibatkan reaksi balas yang besar. Isu tersebut menjadi terlalu besar sehingga saya panik. “Saya pernah terfikir untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, namun ayah saya menasihatkan agar saya tidak menulis apa-apa kerana bimbang ia akan memburukkan lagi keadaan,” katanya. Dalam pada itu, Mia turut mengambil peluang menyampaikan mesej kepada Balqis bahawa dia tidak pernah berniat memburukkan aktres itu serta mengakui dirinya ketika itu masih belum matang. “Saya harap mesej saya sampai kepadanya bahawa saya tidak pernah berniat untuk bercakap buruk tentang dirinya. Saya akui ketika itu saya masih muda dan tidak matang. Niat saya hanyalah untuk melindungi, bukan menghina. “Kecaman yang diterima sangat berat, termasuk daripada ibu bapa orang lain. Saya dicaci dan dihina, malah dikaitkan dengan penampilan saya. “Apabila Twitter menjadi kecoh, keadaan mental saya semakin merosot. Saya merasakan semua orang membenci saya,” katanya. Sumber: Youtube,Rotikaya
|
ADVERTISEMENT