CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bidaan siri nombor plat FH dibuka Ahad ini

30-1-2026 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31876| Komen: 8

 



Putrajaya: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri 'FH' sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2026.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, bidaan FH 1 hingga FH 9999 itu ditawarkan melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) kepada orang awam bermula Ahad ini hingga Khamis, 5 Februari pada 10 malam.

Katanya, NPI 'FH' adalah signifikan sebagai salah satu simbolik bagi memperingati penubuhan Putrajaya serta menghargai peranan dan sumbangan Kuala Lumpur dan Labuan dalam pembangunan negara.

"Harga bidaan mengikut harga ditetapkan iaitu nombor bernilai utama (golden) RM20,000; nombor premium (RM5,000), nombor menarik (attractive) RM 2,500; nombor popular RM500 dan nombor biasa (running) adalah RM300.

"Kaedah penawaran secara bidaan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan melalui sistem JPJ JeBid.

"Mana-mana nombor pendaftar yang berjaya dibida mesti didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran NPI 'FH', di sini, hari ini.

Menurutnya, keputusan akan diumumkan pada Jumaat, 6 Februari dalam tempoh 24 jam. 

Sumber: Harian Metro
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 30-1-2026 06:27 PM
Macam bodo jer
Quote Decaffeinated 30-1-2026 06:32 PM
Faisal Halim suka lah nombor ni.
Quote mrseller 30-1-2026 07:33 PM
Kementerian paling senang buat duit. Jual plet no je
Quote Firenzza 30-1-2026 09:06 PM
Dah la skrg no plet yg bukan2 yg paling meluat no yg sama dgn plet tumasik bukan ke jd konpius no sama klau kena saman ekor, nak cancel/protes   kt jpj & balai bkn senang, silap2 nama terus blacklist.

Ni no FH apa ke jadah sampai nk biding tinggi2...Faezal Husseinn kot yg masuk bid
Quote sharlenetexas 30-1-2026 09:10 PM
Faizal hussein
Farrah hani


Quote Daftpunk_shine 30-1-2026 11:02 PM
Decaffeinated: Faisal Halim suka lah nombor n ...


Mengekek aku baca ni hahaha
Quote lostnfaun 31-1-2026 09:33 AM
mrseller: Kementerian paling senang buat ...


Start Anthony Loke jadi menteri macam² no.plate jual. Dia ni menteri paling senang keje, mcm tak nampak apa sgt dia buat selain JPJ ni. Patut dia fokus dekat lori, bas yg kerap accident.
Quote Tinot7 31-1-2026 10:06 AM
Siapa la nak bid ni?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.036702 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top