CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bantuan PBB merosot, Rohingya perlu berdikari sara hidup

30-1-2026 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30819| Komen: 9

 



DHAKA (Bangladesh): Seorang pegawai pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa peningkatan keupayaan berdikari dan peluang sara hidup bagi pelarian Rohingya yang tinggal di wilayah Cox's Bazar, tenggara Bangladesh, susulan "penurunan mendadak" bantuan kemanusiaan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kenyataan itu dibuat semasa pertemuan pada Rabu antara pemimpin sementara Bangladesh, Muhammad Yunus dan wakil negara baharu Agensi Pelarian PBB (UNHCR) Ivo Freijsen, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Yunus pada Khamis.

Freijsen menekankan keperluan untuk memperkukuh inisiatif keupayaan berdikari di penempatan Rohingya ekoran kekurangan dana yang semakin mengekang operasi kemanusiaan.
 
Yunus berkata krisis Rohingya tidak lagi menerima perhatian antarabangsa yang mencukupi dan menggesa agensi pelarian PBB agar mengekalkan penglibatan aktif bagi memudahkan kepulangan selamat pelarian.

Beliau berkata penghantaran pulang lebih satu juta pelarian Rohingya ke tanah air mereka di Negeri Rakhine, Myanmar "kekal sebagai satu-satunya penyelesaian yang berdaya maju dan mampan kepada krisis itu."

Bangladesh menempatkan lebih 1.3 juta pelarian Rohingya di sepanjang pantai tenggaranya sejak mereka melarikan diri daripada tindakan keras ketenteraan di Myanmar pada Ogos 2017. Tiada proses penghantaran pulang berlaku sejak itu, manakala pembiayaan antarabangsa untuk sokongan kemanusiaan terus merosot.

Program Makanan Dunia PBB (WFP) mengurangkan catuan makanan untuk pelarian Rohingya pada 2023 dan terus melaraskan bantuan sehingga 2025 berikutan pengurangan pembiayaan global serta sumbangan penderma yang menurun.

Sebelum ini, WFP mengurangkan catuan makanan sehingga separuh akibat kekurangan dana yang serius, sebahagiannya didorong oleh keputusan pentadbiran Amerika Syarikat untuk mengurangkan sokongan kepada Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID), penyedia bantuan utama kepada pelarian Rohingya.

Catuan makanan kemudiannya dipulihkan susulan ikrar pembiayaan, namun ketidaktentuan masih berterusan.

Menurut WFP, tanpa pembiayaan baharu, bantuan makanan untuk pelarian Rohingya berdepan gangguan besar bermula April tahun ini.


Sumber: Astro Awani

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 30-1-2026 01:23 PM
Walaupun makanan/nutrition kurang, anak tetap tak berkurang.

Jaga selat Melaka, jangan bagi masuk.
Quote copy_paste 30-1-2026 04:23 PM
silance replied at 30-1-2026 01:23 PM
Walaupun makanan/nutrition kurang, anak tetap tak berkurang.

Jaga selat Melaka, jangan bagi masuk. ...

dan akan terus membiak  lagi
Quote IzzahF 30-1-2026 04:35 PM
Rohinga ni org benggali yg mmg dah ada kampung halaman kat Bangla sana..bg lah dia balik tempat dia sndiri, jangan asyik nak menyelit kat tempat org. tempat sndiri ada tak mau bina kehidupan...nak gak dia g tempat org

derama tamil pun tak settle, nak kena layan benggali plak dah. biarla negara lain plak hadap
Quote Hana_Hirokawa 30-1-2026 04:41 PM
IzzahF replied at 30-1-2026 04:35 PM
Rohinga ni org benggali yg mmg dah ada kampung halaman kat Bangla sana..bg lah dia balik tempat dia  ...

Dah bagi tp depa pi bakar rumah kat tpt Tu sbb nk lari pergi jajah negara org lain ..
Quote IzzahF 30-1-2026 05:04 PM
Hana_Hirokawa replied at 30-1-2026 04:41 PM
Dah bagi tp depa pi bakar rumah kat tpt Tu sbb nk lari pergi jajah negara org lain ..

tempat dia sndiri mmg ada kat bangladesh tu, gatal pg jari pelarian kat myanmar. sah2 tak sama warna kulit, agama dan bangsa....huru hara la jadinya. gigih nak hak sama rata. gila puak2 ni

pastu dtg malaysia..dlm byk2 negara malaysia dia pilih. guna alasan seagama. hangguk dia la. cukup2 la org india pun dah ramai mcm2 bangsa segala tamil bangla pakistan benggali segala suku dah sumbat kat malaysia ni...tambah dia plak benggali rohingya

pg lah tempat lain plak. pg india sana pulak tamadun paling awal di donia katanya. sure di timang2, kaya raya, aman damai...menyemak kat sini
Quote supernaturalee 30-1-2026 05:16 PM
Yunus berkata krisis Rohingya tidak lagi menerima perhatian antarabangsa yang mencukupi dan menggesa agensi pelarian PBB agar mengekalkan penglibatan aktif bagi memudahkan kepulangan selamat pelarian.



sejenis bnyk songeh, bwk masalah dan segala mala isu lg

ramai dah bukak mata
Quote Decaffeinated 30-1-2026 05:30 PM
sebab US dah tarik banyak support ke PBB ka?
Quote ultra78 31-1-2026 06:40 AM
Amerika dah potong dana untuk unhcr.
Kesudahannya rohingya ni datang Malaysia. Guna kemudahan kesihatan Malaysia untuk lagi membiak.
Quote TeropongThaico 31-1-2026 10:57 AM
Yg ada kat sini mcm mana pula... Kot ada masalah yg sama hantar je la diarg balik. Tak kan nak guna duit utk rakyat kat diarg lak

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.168298 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top