CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Pengarah LHDN diarah bayar balik RM15.672 juta kepada Petronas

30-1-2026 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29866| Komen: 13

 


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam memerintahkan Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membayar balik RM15.672 juta kepada Petronas dalam tempoh enam bulan bermula dari semalam, berhubung cukai berlebihan kepada syarikat itu bagi tahun taksiran 2010.

Cukai berlebihan itu berpunca daripada penolakan perbelanjaan yang berkaitan dengan kos pejabat Petronas di luar negara bagi tahun berkenaan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk P. Ravinthran, Datuk Wong Kian Kheong dan Datuk Nadzarin Wok Nordin membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh syarikat minyak dan gas negara itu.

Pertikaian perbelanjaan yang ditanggung oleh syarikat minyak dan gas itu adalah untuk pejabat luar negara di Sudan dan Vietnam yang Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa perbelanjaan pejabat negara itu tidak ditolak di bawah Seksyen 15 (1) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.

Dalam menyampaikan keputusan mahkamah, Wong berkata Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa Petronas tidak berhak menolak perbelanjaan berkaitan pejabat di bawah akta berkenaan.

Hakim itu berkata penyata cukai bagi 2010 telah difailkan dalam tempoh yang ditetapkan dan syarikat berkenaan juga telah membayar sepenuhnya semua cukai yang perlu dibayar kepada Ketua Pengarah LHDN dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Beliau berkata mahkamah tidak bersetuju dengan hujah Ketua Pengarah LHDN bahawa Petronas telah cuai dalam mengemukakan penyata cukai 2010, malah sekiranya wujud kecuaian oleh syarikat berhubung penyata cukai itu, Mahkamah Tinggi dan PKCP telah tersilap dari segi undang-undang kerana gagal memutuskan sama ada kecuaian itu menyebabkan kerugian cukai.

Wong berkata Mahkamah Tinggi dan PKCP sepatutnya memutuskan bahawa perbelanjaan pejabat negara itu telah dibelanjakan oleh syarikat di luar Malaysia.

"Berdasarkan alasan yang dinyatakan, khususnya kesilapan undang-undang yang dilakukan oleh PKCP dan Mahkamah Tinggi, Ketua Pengarah LHDN dihalang oleh Seksyen 39 (1) Akta Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 daripada mengeluarkan Borang JA (taksiran tambahan) dan kami mengetepikannya," katanya.

Beliau berkata Ketua Pengarah LHDN diarahkan membayar semula RM11,392,044 dan RM4,280,556 kepada Petronas dalam tempoh enam bulan bermula dari semalam.

"Dengan persetujuan kedua-dua pihak, tiada perintah mengenai kos bagi rayuan ini, prosiding di Mahkamah Tinggi dan di hadapan PKCP," katanya.

Pada prosiding semalam, peguam S. Saravanan Kumar dan Nur Amira Ahmad Azhar mewakili Petronas, manakala Peguam Kanan Hasil Ashrina Ramzan Ali dan Peguam Hasil Nik Amyrah Syarinie Mohd Dusuki mewakili Ketua Pengarah LHDN.
-- BERNAMA

Sumber: Astro Awani

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 30-1-2026 12:18 PM
Congratulations Petronas
Quote nisako 30-1-2026 01:42 PM
wow wowwwwwwwwwwww kaya petronas
Quote Kitty_catz 30-1-2026 02:32 PM
Edited by Kitty_catz at 30-1-2026 06:34 AM

kalah letewwww
boleh lock peguam petronas tu kut kena saman dgn lembaga next time
Quote orkid_amani 30-1-2026 03:03 PM
Maaasssyuuuuuukkkk laa bonus dak² o&g raya ni..tahniah.. LHDN terciduk teruk kali ni
Quote KamikuP 30-1-2026 03:35 PM
hABisle pekerja LHDN tak dapat bonus... ekekek
Quote Decaffeinated 30-1-2026 05:58 PM
celah gigi ja bagi Petronas.
Quote vanilacup 30-1-2026 06:39 PM
Sana untung sini pun untung...
Last2 agensi kutip cukai kena sidai balik...
LHdN gaji staff pun lumayan by peratus setiap tahun kenaikan ...bukan fix kenaikan gaji tahunan memang masyuk lebih ada tahun 2 peratus ada tahun 3 peratus dan seterusnya..
Quote emera 30-1-2026 07:44 PM
Matik laaa staff petronas kena audit pas neh esp loyar loyar tuh kang tetiba sampai surat suruh submit resit beli buku tahun 2011
Quote plywood 30-1-2026 08:05 PM
emera replied at 30-1-2026 07:44 PM
Matik laaa staff petronas kena audit pas neh esp loyar loyar tuh  kang tetiba sampai surat suruh s ...

resit 2011.. lebih 10 tahun..



Quote swimswim 31-1-2026 03:08 AM
Takpe la lhdn, staff pet dpt bonus nnt boleh la tolak sikit2 utk ganti balik duit yv kena pulang tu hehe
Quote emera 31-1-2026 04:59 AM
plywood replied at 30-1-2026 08:05 PM
resit 2011.. lebih 10 tahun..

Diorg pedulik haper. Kawan aku kena mintak resit yg lebih 7 tahun.. cikgu je pon. Org kata dah lebih 7 tahun, dah x payah simpan kan? Tidaaakkk… diorg mintak jugak. Tp yg staff petronas nnt, standby je laa yg lbh 10 tahun tu aku acah2 je
Quote supernaturalee 31-1-2026 12:13 PM
peguam S. Saravanan Kumar dan Nur Amira Ahmad Azhar mewakili Petronas


take note 2 nama ni klu ada isu cukai dgn lhdn

Quote tupaiterbang 31-1-2026 02:08 PM
PETROS is watching

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.093012 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top