CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dron termal bantu imigresen tahan 218 warga asing di Cheras

30-1-2026 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27879| Komen: 8

 


KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 218 warga asing dalam Operasi Sapu Bersepadu di Taman Emas, Cheras malam tadi dengan bantuan teknologi dron termal bagi mengesan individu yang cuba bersembunyi, termasuk di atas bumbung bangunan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, penggunaan teknologi itu berjaya mengesan kira-kira 15 warga asing yang bersembunyi di atas bumbung premis rumah kedai untuk mengelak ditahan.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan dari 6 petang hingga 8.30 malam itu melibatkan pemeriksaan ke atas 1,087 individu di premis perniagaan serta tempat penginapan di bahagian atas bangunan.

Gambar sekadar hiasan


 
"Daripada jumlah berkenaan, seramai 218 warga asing berusia antara 18 hingga 53 tahun ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen," katanya pada sidang media di lokasi operasi.

Beliau berkata operasi hasil risikan selama kira-kira dua minggu itu melibatkan 279 pegawai JIM dan 10 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Lokman Effendi berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 166 lelaki dan 52 wanita, melibatkan warga Myanmar (78), Bangladesh (56), Indonesia (44), Nigeria (12), Nepal (10), India (5), Sri Lanka (4) dan lain-lain negara (9).

Beliau berkata, semua tahanan akan ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih bagi siasatan lanjut atas pelbagai kesalahan, termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, melanggar syarat pas, tinggal melebihi tempoh dibenarkan, menggunakan kad yang tidak diiktiraf, serta kesalahan lain di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang negara di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.

Setakat semalam, sebanyak 1,069 operasi penguatkuasaan telah dijalankan di seluruh negara, melibatkan pemeriksaan terhadap 17,793 individu, termasuk 3,691 pendatang asing tanpa izin dan 110 majikan yang ditangkap.

Beliau mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak menggaji atau melindungi warga asing tanpa dokumen sah kerana tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terbabit.

Pada masa sama, Lokman Effendi menasihatkan pendatang asing tanpa izin supaya mengambil peluang menyertai Program Repatriasi Migran 2.0 yang akan tamat pada April 2026, bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan lebih ketat selepas itu.
 


Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 30-1-2026 11:39 AM
gila dah canggih memang kantoi lah ko menyorok kat mana pun sebab boleh detect suhu
Quote mejaputih 30-1-2026 12:13 PM
lps tu lepaskan semula ke?
Quote Skuau 30-1-2026 12:16 PM
igtkan nusaraya dh ke jepang....
Quote sambaldurian 30-1-2026 12:53 PM
Bayangkan ketika operasi tu , ada rumah yg bkn ' org diserbu ' tgh ehem2, free show terus la jwb nye.
Quote silance 30-1-2026 01:14 PM
PRM 2.0 dah nak tamat April ni. Tolong jangan sambung lagi. Rakyat tak agree pun, menyampah tengok keliling. Tolong halau semua balik macam Sabah and Sarawak.
Quote nisako 30-1-2026 01:43 PM
wow canggih dron
Quote Purestteam1 30-1-2026 02:58 PM
level² predator ni... pakai termal
Quote PULANGKAN 30-1-2026 11:34 PM
Purestteam1 replied at 30-1-2026 02:58 PM
level² predator ni... pakai termal

    


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.369695 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top