CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPRM tahan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS)

30-1-2026 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20719| Komen: 10

 



Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah sebuah jabatan kerajaan bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan isu e-waste.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan kira-kira 6.30 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

"Siasatan dijalankan bagi meneliti dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste) yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.

 


Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh dan profesional mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau turut menegaskan bahawa SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan rasuah, tanpa mengira kedudukan atau jawatan.

Kes ini disiasat mengikut peruntukan Akta SPRM 2009 dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 30-1-2026 10:49 AM
Salam anchovies
Quote nisako 30-1-2026 01:43 PM
wow cayok   tangkap lagi
Quote silance 30-1-2026 02:48 PM
Masalah besar di Iran adakah ramai rakyatnya sudah jadi agen mosad. Baru ni ramai lagi kena hukum bunuh. Kalu pun tak semua, separuh masalah dah selesai.

Masalah besar di Malaya adakah ramai yang makan rasuah. Govt pun tak boleh nak tangkap semua sekali gus sebab ramai. Kena ikut turn one by one.
Quote Purestteam1 30-1-2026 02:57 PM
wau.. nice catch
Quote pokokmeranti 30-1-2026 03:08 PM
setiap negeri ada org mereka utk kutip 'hasil', penjawat awam yg baik dan xnak ikut arahan akan dicampakkan sana sini
Quote ninja boy 30-1-2026 04:32 PM
Ya betul campak sana sini
Quote Decaffeinated 30-1-2026 05:46 PM
silance replied at 30-1-2026 02:48 PM
Masalah besar di Iran adakah ramai rakyatnya sudah jadi agen mosad. Baru ni ramai lagi kena hukum bu ...

Ramai lah yang tengah kecut perut tunggu turn tu.

sebelum ni kita cuma percaya korupsi memang berlaku, tapi habis soksek3 macam tu ja. now betul2 ada tindakan. pembersihan yang long overdue.

Quote Maroon_nerds 30-1-2026 10:16 PM
yg kena tangkap sebelum ni pun gred 32 je. itu pun beratus ribu dia ambik. apa lagi yang gred atas2 ni. takkan la sikit ye dok
Quote plywood 30-1-2026 10:23 PM
ya ampun ada lagi... hahahhaa
Quote kemaruk 31-1-2026 10:14 AM
ssebenarnya setiap tahun sejak zaman p ramlee lagi SPRM ada buat tangkapan

tapi ada perbezaan dari segi kekaguman pensokong

tangkapan zaman dahulu = hmmmm bilis
tangkapan zaman madani = waaahhhh tengok tu madani bekerja!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.264056 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top