|
ISTANBUL: Ahli astronomi mengenal pasti sebuah planet baharu bersaiz Bumi yang mengorbit bintang seakan Matahari kira-kira 146 tahun cahaya dari Bumi, sekali gus mencetuskan minat baharu terhadap dunia berhampiran yang berpotensi menyokong kehidupan, menurut satu kajian terkini.
Planet itu, dikenali sebagai HD 137010 b, dikesan menggunakan data daripada misi K2 teleskop angkasa Kepler milik NASA yang dikumpulkan pada 2017 dan dianalisis oleh pasukan antarabangsa diketuai penyelidik Universiti Southern Queensland (USQ) Alexander Venner. Penemuan itu diterbitkan dalam jurnal The Astrophysical Journal Letters, Selasa lalu, lapor Anadolu Ajansi (AA). Menurut kajian berkenaan, planet itu dianggarkan kira-kira enam peratus lebih besar daripada Bumi dan mempunyai tempoh orbit sekitar 355 hari. Penyelidik berkata, planet itu mempunyai "kira-kira 50 peratus kemungkinan berada dalam zon boleh dihuni" bintangnya, walaupun suhu permukaannya mungkin lebih hampir kepada Marikh dan berpotensi serendah –70 darjah celsius (–94 darjah fahrenheit). "Apa yang sangat menarik mengenai planet bersaiz Bumi ini ialah bintangnya hanya kira-kira 150 tahun cahaya dari sistem suria kita," kata penulis bersama, Chelsea Huang dari USQ sambil menjelaskan yang jaraknya yang relatif dekat menjadikannya sasaran menjanjikan untuk teleskop masa hadapan. "Planet terbaik seterusnya di sekeliling bintang seperti matahari, dalam zon boleh didiami, iaitu Kepler-186f adalah kira-kira empat kali lebih jauh dan 20 kali lebih malap," katanya. Isyarat samar yang mendedahkan kewujudan planet itu mula dikenal pasti oleh saintis termasuk penulis utama Venner, yang berkata: "Saya menyumbang kepada projek sains warga ini yang dipanggil Planet Hunters ketika saya masih di sekolah menengah dan ia berperanan besar bagaimana saya menceburi bidang penyelidikan." "Misi angkasa masa hadapan yang direka untuk merakam imej secara langsung planet seakan Bumi, seperti NASA Habitable Worlds Observatory, juga berpotensi merakam imej HD 137010 b," katanya. - AGENSI Sumber : Berita Harian
|

sharlenetexas replied at 30-1-2026 09:20 PM
Nak baca komen tan sri dr mazlan othman.
FOTHER-MUCKER replied at 30-1-2026 11:58 AM
Jauhnya, 1000 kali mimpi pun takan sampai!
kemaruk replied at 31-1-2026 10:07 AM
dunia ini infinitely small, dan dalam masa yang sama infinitely large..
boleh jadi hidupan lain itu ...
Firenzza replied at 30-1-2026 01:19 PM
Mcm mna la nasa blh tau planet tu manusia blh hidup, sdgkan kt bumi pun ada tempat yg x sesuai pastu ...
ADVERTISEMENT