CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peneroka haram Israel serang komuniti, sekali lagi bakar rumah penduduk Palestin di Tebing Barat

30-1-2026 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20435| Komen: 0


 



ISTANBUL: Aktivis memaklumkan bahawa peneroka haram Israel membakar rumah penduduk Palestin dalam komuniti Badwi di Khallet al-Sidra di Tebing Barat yang diduduki semalaman, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Beberapa hantaran di platform media sosial X berkongsi imej dan video yang menunjukkan rumah penduduk yang terbakar di Kampung Mukhamas, di timur laut Baitulmuqaddis.

"Ia berlaku lagi," tulis seorang aktivis, sambil mendakwa peneroka haram Israel menyerang komuniti berkenaan dan membakar rumah penduduk.

Aktivis lain berkata kejadian itu menandakan "kali ketiga dalam tempoh tiga bulan" rumah di dalam atau berhampiran Kampung Mukhamas dibakar, sambil menuduh pihak berkuasa Israel membiarkan serangan itu berlaku tanpa kebertanggungjawapan.

"Satu lagi malam keganasan peneroka haram Israel di Tebing Barat," menurut satu hantaran lain, sambil menambah bahawa "tiada pendakwaan" dibuat berhubung insiden serupa sebelum ini.

Beberapa hantaran mendakwa tentera Israel berada berhampiran lokasi kejadian semasa kejadian tetapi tidak campur tangan.

Aktivis menggesa komuniti antarabangsa menangani "corak serangan peneroka haram Israel yang berterusan terhadap komuniti Palestin di Tebing Barat yang diduduki".

Tentera Israel dan peneroka haram Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 1,109 rakyat Palestin di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur, serta mencederakan hampir 11,000 yang lain sejak Oktober 2023. – BERNAMA-ANADOLU

Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.033879 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top