CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Staf Markas Angkatan Bersama ATM didakwa pecah amanah RM5 juta

30-1-2026 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11237| Komen: 1

 



KUALA LUMPUR: Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Khamis, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) bernilai RM5 juta.

Mohamed Fauzi, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

"Faham pertuduhan tersebut, saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan," katanya yang memakai kot biru gelap dari dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, beliau sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta TKAT berjumlah RM5 juta dengan membuat pelaburan tambahan dalam sebuah syarikat, tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), di sini pada 27 November 2023 lalu.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda. 

Terdahulu, beliau tiba di Mahkamah Sesyen, di sini dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berpakaian kemas mengenakan sut biru gelap, beliau sempat melemparkan senyuman kepada pengamal media sambil menyapa ringkas: "Apa khabar hari ini?" sebelum mengangkat tangan memberi tabik hormat singkat ketika melangkah masuk ke bilik mahkamah.

Keadaan dalam mahkamah teratur, dengan orang awam, pegawai mahkamah dan wakil media memenuhi galeri.

Fauzi kelihatan sesekali berbual dengan pegawai SPRM di belakangnya. 



Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 31-1-2026 03:11 AM
Dah tua aku ni, ketua staf markas aku dok baca ketua sarkas

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.235406 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top