CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bersara tetapi bekerja cabaran pesara zaman digital

30-1-2026 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10178| Komen: 1

 


KETIKA bekerja, ramai yang menunggu masa untuk bersara terutama mereka yang menginjak usia 50-an. Banyak alasan difikirkan mengapa hendak bersara awal atau tepat berusia 55 atau 56 tahun.

Ramai sudah merancang hendak melakukan 'itu dan ini' apabila bersara. Ada yang mahu menghabiskan usia bersara bersama pasangan, pulang ke kampung dan membina 'rumah pencen'.

Ada yang semangat hendak melancong bersama rakan sebaya selain mahu menumpukan kepada amal ibadah di surau atau masjid kariah masing-masing.

Malangnya, landskap persaraan di Malaysia kini jelas mengalami perubahan ketara. Jika suatu ketika dahulu usia persaraan dianggap sebagai fasa berehat selepas puluhan tahun berkhidmat, hari ini realitinya jauh berbeza. 

Lihat sahaja dapatan Kaji Selidik Persaraan Serantau Sun Life yang menunjukkan 64 peratus rakyat dijangka akan terus bekerja atau selepas umur persaraan rasmi.

Ini menggambarkan hakikat sebenar sedang dihadapi masyarakat. Fenomena ini bukan lagi pilihan semata-mata sebaliknya satu keperluan akibat tekanan kos sara hidup dan persediaan kewangan tidak mencukupi.

 Dari sudut ekonomi, trend bekerja selepas persaraan memberi kesan dua hala. Di satu pihak, warga emas dalam pasaran pekerjaan membantu mengekalkan produktiviti negara serta mengurangkan kebergantungan bantuan sosial kerajaan.

Tenaga kerja berpengalaman ini mampu menyumbang kepada pemindahan ilmu dan kemahiran kepada generasi muda. Namun, di pihak lain, situasi ini mencerminkan kelemahan sistem persaraan dan simpanan jangka panjang.

Jika majoriti rakyat terpaksa bekerja lagi selepas bersara demi kelangsungan hidup, ini menandakan pendapatan, caruman persaraan dan perlindungan sosial sedia ada belum mencukupi menjamin bersara dengan bermaruah selepas bersara.

Impak terhadap sektor kesihatan juga tidak boleh dipandang ringan. Pekerja berusia lanjut lebih terdedah kepada penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes dan masalah jantung.

Tekanan untuk terus bekerja boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, sekali gus meningkatkan kos rawatan kesihatan negara.

Beban terhadap fasiliti kesihatan awam dijangka bertambah sekiranya tiada langkah pencegahan dan sokongan kesihatan khusus untuk golongan ini.

Sehubungan itu, kerajaan perlu mengambil tindakan lebih menyeluruh dan bersasar antaranya menilai semula dasar persaraan, memperkukuh skim simpanan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta memperluas perlindungan sosial untuk pekerja sektor tidak formal.

Kerajaan wajar menggalakkan peluang pekerjaan fleksibel dan separuh masa sesuai dengan tahap kesihatan warga emas, di samping meningkatkan literasi kewangan sejak usia muda supaya rakyat lebih bersedia menghadapi hari persaraan.

Pada masa sama, pekerja celik perancangan kewangan, disiplin menabung serta menjaga kesihatan. Persaraan hari ini bukan sekadar tamat usia berkhidmat tetapi bagaimana pekerja mempersiapkan poket mengharungi cabaran masa kini dan kesihatan tidak menentu.

Haris Imran, Bukit Jalil



Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 30-1-2026 05:09 PM
Klu aku pjg umur hidup sampai tua, aku akn tetap bekerja, bkn sbb nk duit tp utk kesihatan jgk...aku tgk org tua yg byk masa lapang slalu sakit berbanding dgn org tua yg buat byk aktiviti....atleast join aktiviti kat surau/masjid ke or utk non-muslim kelas taici...cth jer...aku pernah masuk wad, aku tgk org tua yg rajin berjln/bersembang dgn jiran katil sebelah, cepat sembuh & cepat kluar spital berbanding dgn orang tua yg nampak malas kecuali memang xleh jln/bercakap...nurse pun slalu galakkn pesakit tua jln2 dlm wad wpun skejap.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.067225 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top