CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JAINJ kesan cubaan mempromosi semula ajaran sesat Ahmadi Religion

29-1-2026 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15984| Komen: 5

 



JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengambil tindakan terhadap cubaan mempromosikan semula ajaran sesat Ahmadi Religion di negeri ini, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata tindakan sewajarnya sudah diambil JAINJ, termasuk menurunkan bahan-bahan promosi yang dikenal pasti membabitkan ajaran berkenaan.

Beliau berkata, ajaran Ahmadi Religion sudah difatwakan sebagai sesat, dan penyebaran fahaman tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan rasmi di Johor.

"Sehubungan itu, JAINJ sentiasa menjalankan pemantauan berterusan terhadap sebarang aktiviti, penerbitan atau bahan promosi yang berkaitan dengan ajaran sesat bagi memastikan ia tidak disebarkan kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Fared turut menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam usaha memelihara kesucian akidah umat Islam serta memastikan ajaran yang bercanggah dengan Islam tidak bertapak di negeri ini.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat dan membuat laporan kepada Pejabat Kadi Daerah yang berhampiran atau melalui saluran rasmi pihak berkuasa agama sekiranya mengesan sebarang aktiviti, pengajaran atau bahan berkaitan ajaran sesat.

"Kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan keharmonian agama dan ketenteraman awam di negeri itu terus terpelihara," katanya.

Terdahulu tular gambar kain rentang mempromosikan ajaran sesat itu yang dikesan dipasang dilokasi tumpuan ramai di Muar pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa dan polis sudah bertindak menurunkan kain rentang berkenaan.


Sumber : BH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 29-1-2026 06:07 PM
Takyah banteras. Takyah jaga sangat umat Islam tanahair ni. Makin dijaga, makin ntah hapa2 macam weng semacam tak reti mana betul mana salah. Hairan aku macam2 la ajaran sesat kau nak ikut. Biar je, biar.
Quote slavehunter 29-1-2026 07:43 PM
Sis Tumpanglalu Dan Capiloton dah khatam dengan man made cult religion ni.
Tak ku sangka ada ramai peminat dalam negara ni.
Quote sharlenetexas 29-1-2026 08:29 PM
slavehunter replied at 29-1-2026 07:43 PM
Sis Tumpanglalu Dan Capiloton dah khatam dengan man made cult religion ni.
Tak ku sangka ada ramai  ...

Sape yg terlibat?


Quote slavehunter 29-1-2026 08:46 PM
sharlenetexas replied at 29-1-2026 08:29 PM
Sape yg terlibat?

Katanye melayu2 yang belajar overseas. Once dah rasa diri sendiri pandai memang tak perlu lagi Al Quran Dan Al Sunnah. That apply the same for Atheist, same path but different branch.
Quote L.U.S.M 30-1-2026 08:52 AM
Mmg berlambak wey...dulu aku pernah guna dating apps Islamic yang letak kita anuti agama apa mazhab apa..bersepah aku tgk Ahmadi ni kat dlm tu...setahun pakai jumpa scammer jaaaa...last2 aku uninstall je..malas aku!hahahaha

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.400742 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top