CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rolls-Royce tak bayar 'road tax' RM54,000 disita

29-1-2026 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15574| Komen: 4

 Gambar sekadar hiasan



Butterworth: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 73 kenderaan mewah pelbagai jenama membabitkan nilai RM10 juta dalam Op Luxury sepanjang tahun lalu.

Pengarah JPJ Pulau Pinang Zulkifli Ismail berkata, tindakan sita itu diambil selepas pemilik kenderaan terbabit yang turut terdiri daripada ahli perniagaan didapati tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Menurutnya, antara alasan yang diberikan adalah kerana mereka terlupa, selain mendakwa pendapatan merosot hingga tidak mampu untuk berbuat demikian.

Katanya, tindakan pemilik kenderaan itu menyebabkan berlakunya ketirisan hasil kepada kerajaan apabila terdapat kenderaan mewah yang tidak memperbaharui LKM sehingga tiga tahun.

"Antara ketirisan hasil paling tinggi membabitkan kenderaan Rolls-Royce yang LKM untuk tempoh setahun perlu dibayar lebih RM54,000 tetapi tidak dibayar," katanya ketika mengadakan Op Khas Bersepadu Gempur Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Sungai Dua Arah Selatan, di sini, malam tadi.

Operasi yang bermula 8 hingga 12 tengah malam itu membabitkan seramai 120 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),

Sebanyak 922 kenderaan perdagangan diperiksa dengan 120 diambil tindakan atas kesalahan LKM dan lesen memandu tamat tempoh dan tiada pemandu kedua menerusi operasi berkenaan.

Sementara itu, Zulkifli berkata, tidak mempunyai lesen memandu masih menjadi kesalahan paling banyak dikesan untuk kenderaan perdagangan selain bas ekspres serta persiaran pula tiada pemandu kedua.

"Bagi kenderaan perdagangan apa yang kita nampak adalah satu trend yang mana pengusaha cuba mengambil kesempatan dengan menggaji pemandu pada kadar gaji yang rendah.

"Jadi, mana-mana pemandu yang tak ada lesen (memandu), tak ada lesen vokasional ini boleh dibayar upah dengan kadar yang rendah maka menguntungkan (pengusaha).

"Untuk bas pula, kita nampak syarikat nak mengejar keuntungan jadi tak nak pakai dua pemandu. Pakai seorang maka bayar untuk seorang sahaja, jika pakai dua pemandu maka kos operasi akan meningkat," katanya yang memaklumkan sebanyak 230 kesalahan tiada pemandu kedua dikesan sepanjang tahun lalu.

Tegasnya, JPJ negeri akan terus kekal komited untuk mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan, pemantauan dan pendidikan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, infrastruktur awam terpelihara serta tahap pematuhan undang-undang dalam industri pengangkutan terus dipertingkatkan.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 29-1-2026 05:53 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-1-2026 01:54 AM

Sita?

Membayar compound jauh lebih murah dari membayar cukai jalan dan insurance. Siapa yang lebih cerdik?

Kecuali jika kereta mereka di lupuskan.

Quote renko 29-1-2026 06:03 PM
eh eh mana mungkin la
nerakazen kata keta2 mewah mana ada kena tahan
rider marhaen je kena sita motor
tipu la berita ni
Quote gigahertz 29-1-2026 11:44 PM
harap bukan kereta alif syukri
Quote nisako 30-1-2026 08:29 AM
hahaaaaaaa pakai kereta mewah tp RT pun x mampu byr

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.551451 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top