CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 kapal perang AS kini di Timur Tengah - "Masa semakin suntuk" kata Trump

29-1-2026 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16655| Komen: 8

  



Washington: Kedatangan kumpulan kapal pengangkut pesawat ke Asia Barat, baru-baru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di rantau itu kepada 10.

Ia sekali gus memperkuatkan keupayaan kekuatan ketenteraan besar yang tersedia kepada Presiden Donald Trump, sekiranya beliau memilih untuk mengambil tindakan terhadap Iran.

Jumlah kapal perang di Asia Barat kini menyamai kekuatan yang pernah dihantar AS ke Caribbean sebelum operasi mengejut bagi menangkap pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro, awal tahun ini.

Seorang pegawai AS pada Rabu memaklumkan jumlah keseluruhan kapal AS di Asia Barat kini adalah 10, termasuk kumpulan kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln yang dilengkapi tiga kapal pemusnah dan jet pejuang siluman F-35C.

Terdapat enam lagi kapal perang AS yang beroperasi di rantau itu, terdiri daripada tiga kapal pemusnah dan tiga kapal tempur pesisir.

"Armada besar sedang menuju ke Iran," kata Trump menerusi hantaran di platform Truth Social miliknya pada Rabu, sambil menegaskan bahawa seperti di Venezuela, kekuatan itu siap, sanggup dan mampu melaksanakan misi dengan pantas, kelajuan dan keganasan jika perlu.

"Masa semakin suntuk," tambahnya sambil menggesa Tehran supaya "BUAT PERJANJIAN!"

Misi Tehran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membalas kenyataan itu melalui hantaran di X dengan menyatakan negara itu "sedia untuk berdialog" tetapi "JIKA DIPAKSA, IA AKAN PERTAHANKAN DIRI DAN MEMBALAS DENGAN CARA YANG TIDAK PERNAH DILIHAT SEBELUM INI!"

Kapal pengangkut pesawat dan kapal pengiringnya dihantar ke Asia Barat ketika Iran bertindak tegas terhadap protes yang bermula daripada rungutan ekonomi tetapi berkembang menjadi gerakan besar-besaran menentang republik Islam itu.

Kepimpinan ulama yang memerintah sejak revolusi Islam 1979 bertindak balas terhadap demonstrasi itu dengan keganasan termasuk tindakan membawa maut sambil mengekalkan kuasa.

Hal ini menyebabkan ramai penentang melihat campur tangan luar sebagai cara paling mungkin untuk memacu perubahan.

Trump berulang kali memberi amaran kepada Iran bahawa jika mereka membunuh penunjuk perasaan, AS akan campur tangan secara ketenteraan selain menggalakkan rakyat Iran mengambil alih institusi negara dengan menyatakan "bantuan sedang dalam perjalanan."

Beliau sebelum ini menarik balik arahan serangan awal bulan ini selepas Tehran menghentikan lebih 800 hukuman mati di bawah tekanan Washington. Namun sejak itu, beliau memperbaharui ancaman terhadap Iran.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 29-1-2026 04:50 PM
: sudah bermula
Quote TOPwind 29-1-2026 07:45 PM
Orang kafir ni

akan attack masa bulan puasa (orang tengah lapar)

dan dekat nak raya.(orang tengah nak bersuka ria jumpa keluarga)

masa orang tengah leke.

Quote slavehunter 29-1-2026 08:13 PM
Once Iran dah start terbakar memang no turning back dah. That was last negara memang ada dalam plan. Ayatollah memang takkan deal dgn Trump, they want him out tapi still takde replacement siapa nak ganti dia, anak Shah Pahlavi lagi la kena reject. For now agent2 spy bagi destabilize sambil cari replacement. But memang Iran negara last yang nak dihancurkan is just a matter of time.
Quote sharlenetexas 29-1-2026 08:28 PM
Takpe cardi b tetap sokong trump dari belakang. Eh bukan cardi b tapi sorang lagi


Quote makiting 29-1-2026 09:50 PM
TOPwind replied at 29-1-2026 07:45 PM
Orang kafir ni

akan attack masa bulan puasa (orang tengah lapar)

itulah kan

banyak kejadian sebelum ni rasanya sama time ramadan atau syawal...

tak silap kalau tgk track rekod kat gaza pun sama.. nak bom time2 ramadan atau syawal.. betulkan kalau akak salah komen
Quote sepiITUindah 29-1-2026 09:52 PM
seronok israel
try sendiri gagal
Quote AkokKocik 29-1-2026 11:05 PM
Patutlah rega emas makin naik...ingatkn pasal rezab amurika tu.

Quote nisako 30-1-2026 08:31 AM
ape lagi la usa ni... teruk tul duk serang ye

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:21 AM GMT+8 , Processed in 1.383441 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top