|
Georgetown: Kakitangan wanita di Klinik Kesihatan Jalan Perak di sini, mengalami sesak nafas sebelum pengsan dipercayai berpunca kebocoran gas.
Mangsa yang juga juru teknologi makmal berusia 43 tahun itu diberi rawatan awal di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan lanjut. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.13 pagi tadi. Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dipanggil bagi melakukan khidmat khas mengenalpasti punca kebocoran dengan dibantu anggota dari BBP Lebuh Pantai serta BBP Bayan Baru. "Insiden itu menyebabkan seorang kakitangan klinik mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri namun sudah dibawa ke HPP sebelum pasukan penyelamat tiba. "Pasukan penyelamat memakai pakaian pelindungan diri lengkap. Mereka melakukan pemantauan bagi mengesan punca kebocoran gas," katanya. Mengulas lanjut John berkata, hasil pemantauan oleh pasukan HAZMAT mendapati tiada unsur kebocoran gas atau tumpahan bahan kimia di kawasan terbabit. Katanya, bacaan kandungan oksigen di ruang berkenaan juga berada pada paras normal iaitu 21 peratus. "Pasukan bomba membuka tingkap bagi tujuan pengudaraan (ventilation) untuk menstabilkan kandungan udara di ruang terbabit. "Keadaan disahkan selamat dengan bacaan kandungan oksigen berada pada tahap normal sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.06 pagi," katanya lagi. Sumber : Harian Metro
|


slavehunter replied at 29-1-2026 02:48 PM
Kenapa nak post article berita kena letak emoji ni?-
You think the news funny?
slavehunter replied at 29-1-2026 02:48 PM
Kenapa nak post article berita kena letak emoji ni?-
You think the news funny?

slavehunter replied at 28-1-2026 10:48 PM
Kenapa nak post article berita kena letak emoji ni?-
You think the news funny?
xtahumenahu replied at 29-1-2026 04:44 PM
Rasanya sebab font tu...huruf 'P'

kakikuDibibirmu replied at 29-1-2026 03:49 PM
Sudah mula kluster virus pokok nipah. Tazzabar nak PKP

Decaffeinated replied at 29-1-2026 05:18 PM
bukan emoji tapi kalau you type ;+P rapat, Cari punya word editor akan auto convert jadi emoji. Te ...
FOTHER-MUCKER replied at 29-1-2026 07:17 PM
Ada emoji yang jadi seperti ini - ????????????????????????????????????????
kakikuDibibirmu replied at 29-1-2026 03:49 PM
Sudah mula kluster virus pokok nipah. Tazzabar nak PKP
ADVERTISEMENT