CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tegas berpegang pada prinsip, Elly Mazlein tolak tawaran RM500,000… “Mereka tahu saya sudah bertudung”

29-1-2026 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14578| Komen: 12

 



PELAKON dan penyanyi Elly Mazlein tegas tidak akan mengorbankan prinsip hidupnya yang kini tampil berhijab walaupun mendapat tawaran kerja dengan bayaran lumayan sehingga RM500,000.

Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, berkata, dia pernah menolak sebuah tawaran yang memerlukannya membuka tudung bagi mempromosikan produk. 

“Saya dapat satu tawaran masa mula-mula berhijab dulu. Memang lumayan, sampai setengah juta ringgit, tetapi syaratnya saya perlu buka tudung.

“Bila saya buat keputusan untuk berhijab, walaupun dibayar macam mana sekali pun, saya tetap dengan keputusan saya,” katanya kepada mStar.
 


Elly berkongsi perkara itu ketika ditemui di Warna Lebaran Ariani Fashion Show 2026 yang berlangsung Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tambah Elly, pihak berkenaan mengetahui statusnya sebagai wanita bertudung, namun tetap mengemukakan tawaran tersebut.

Dia bagaimanapun menolak peluang tersebut dengan cara berhemah agar tidak menimbulkan salah faham mana-mana pihak. 

“Mereka tahu saya sudah bertudung, sebab itu mereka letak harga setengah juta. Tapi saya beritahu saya tak dapat bekerjasama kalau perlu buka tudung.

“Sekiranya mereka mahu saya jadi duta, prinsip saya tetap akan memakai tudung. Saya percaya akan ada rezeki untuk saya ditempat lain. 

“Walau macam mana pun kita nak tolak tawaran, kita kena jawab dengan baik. Saya beritahu secara berhemah dan Alhamdulillah mereka terima keputusan saya,” jelasnya. 

Elly turut berpesan agar mana-mana syarikat atau jenama tidak memandang rendah keupayaan wanita berhijab sebagai duta produk.

“Tak salah kalau pilih duta yang bertudung. Rezeki saya mungkin bukan di situ, tapi Allah gantikan dengan yang lain.

“Yang penting sekarang saya kekal dengan prinsip saya untuk terus berhijab,” luahnya.

Sumber:  mstar
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuewTiau 29-1-2026 12:22 PM
nak berubah senang, nak istiqamah tu susah
semoga terus istiqamah Elly. minat dia sebab suka dengan ke-slamber-an dia.
Quote stania83 29-1-2026 12:30 PM
Berapa la jakel bayar dia yaaa..
Quote afie_m 29-1-2026 02:43 PM
terbaik elly..
Quote bottompro 29-1-2026 04:53 PM
delulu sgt 500k hahhha
Quote ZORRO5555 29-1-2026 06:01 PM
Sorry X pernah minat dia ni
Quote L.U.S.M 29-1-2026 09:19 PM
stania83: Berapa la jakel bayar dia yaaa ...


Bukan jakel je..ariani skali
Quote Incanto 29-1-2026 09:30 PM
nampak acik acik sgt skrg

tapi its okay kak kepom tetap laku
Quote angin_menderu 29-1-2026 09:42 PM
“Mereka tahu saya sudah bertudung, sebab itu mereka letak harga setengah juta. Tapi saya beritahu saya tak dapat bekerjasama kalau perlu buka tudung


Memang setiap kali selebriti baru bertudung mesti kompeni akan offer tinggi tinggi ke canne. sengaja nak jadi kepala setan hasut deyols ambik offer tu bukak tudung
Keji sungguh taktik tu kalau benda tu betul
Quote LadyCarefree 30-1-2026 02:27 AM
bottompro replied at 29-1-2026 03:53 PM
delulu sgt 500k hahhha

Kaaaaaannnnn?
Quote Perawankota 30-1-2026 06:05 AM
Aku tak suka cara dia style tudung2 dia
Quote red_velvet 30-1-2026 07:16 AM
Tudung pink takde filter memang padanla dgn umur kak kepom.. 46 tahun dah this year.
Quote TeropongThaico 30-1-2026 07:45 AM
Selalu je kan company buat offer gini... Menyampah. Jahat sgt nak duga2 hati org dah apa hal

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.361624 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top