CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perkahwinan bukan tentang kekayaan, Anzalna jawab komen kahwin lelaki kaya - "Hi sayang, setiap orang mendapat anugerah masing-masing"

29-1-2026 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14570| Komen: 18

 


PELAKON Anzalna Nasir tampil bersuara menjawab persoalan netizen tentang memilih pasangan hidup dalam kalangan lelaki kaya. 

Kata Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 38, kekayaan bukanlah faktor utama dalam sesebuah perkahwinan, sebaliknya keserasian dan saling menghormati antara pasangan adalah perkara paling penting.

Ujarnya, setiap individu tidak wajar menilai kebahagiaan rumah tangga berdasarkan status atau harta semata-mata.

 

"Hi sayang, setiap orang mendapat anugerah masing-masing. 

"Perkahwinan bukan semata-mata tentang kekayaan tetapi keserasian, saling menghormati dan membina kehidupan bersama," katanya. 

Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap komen seorang pengguna Threads yang menyentuh soal status pasangan adik-beradik Anzalna. 

"Macam mana eh adik-beradik macam Anzalna dapat kahwin dengan lelaki kaya-kaya belaka. 

"Lawa tu satu hal kan," tulis netizen. 

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif Zaki pada 21 Februari 2016. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 7, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia 4 tahun.


Sumber:  mstar
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 29-1-2026 12:23 PM
....Macam mana eh adik-beradik macam Anzalna dapat kahwin dengan lelaki kaya-kaya belaka...
Circle dia pun bukan mcm circle rempit kau nok, sebelum siblings dia kawin pun semua circle T20, mak bapak T20, kawan2 & maintenance diorg pun T20, cuma Pipah je lah tergelincir sikit gi karok dengan Alip Kote Kenit tu...
Quote anarina 29-1-2026 01:58 PM
prince_marhaen replied at 29-1-2026 12:23 PM
Circle dia pun bukan mcm circle rempit kau nok, sebelum siblings dia kawin pun semua circle T20, mak ...

Khuenzz i agree 110% she mmg to begin with dah begituuuu, takkan nak downgrade aaaabodolah tu pun blh jd citer
Quote thelilyallen 29-1-2026 03:10 PM
prince_marhaen replied at 29-1-2026 12:23 PM
Circle dia pun bukan mcm circle rempit kau nok, sebelum siblings dia kawin pun semua circle T20, mak ...

Bapak dia t20 ke? Yelah maybe psl dah tua, maybe dah pencen. Tapi pak nasir bukan lecturer upsi je ke dulu? Takat prof madya je kan. Ampun kalau salah. Pasal pakcik aku pun prof, siap pernah jadi prof kehormat juga dulu. Nak kata kaya mewah wowww mcm family anjalna show off ni, tidak lah. Cuma hidup senang lah
Quote DeLuna85 29-1-2026 03:30 PM
Sebenarnya memang kena kawin lelaki kaya la. Yang ada masa depan. Pendapat masing2 la. Muda2 baru habis sekolah memang akan cakap harta tak penting. Yang penting hati.
Kau kawin dulu tengok.
Quote anarina 29-1-2026 03:52 PM
DeLuna85 replied at 29-1-2026 03:30 PM
Sebenarnya memang kena kawin lelaki kaya la. Yang ada masa depan. Pendapat masing2 la. Muda2 baru ha ...

Ada jurr kawin sama2 hbs belajar dah mmg mcm mana nak dpt laki ko tu gaji 12k fresh grad nyahh kalau supported each other, fast forward laki umur 40 br dpt gaji 35k ko jd la tai taii
Quote prince_marhaen 29-1-2026 03:58 PM
thelilyallen replied at 28-1-2026 09:10 PM
Bapak dia t20 ke? Yelah maybe psl dah tua, maybe dah pencen. Tapi pak nasir bukan lecturer upsi je ...

Prof. Dr. Nasir bukan lect biasa, last sekali heols Timb. Dekan Fakulti Seni, pernah jadi CEO Finas, dan penasihat & BOD banyak company.
Quote wirazam 29-1-2026 04:20 PM
tetiba teringat caller kt radio era..yg demand gaji bakal suami lebih atau sama 15k sebulan...katanya ada kawannya kawin dgn lelaki mcm tu..nak apa semua dpt...
Quote zuriey 29-1-2026 04:49 PM
Acah kelakar..
Quote ZORRO5555 29-1-2026 06:02 PM
Braggggg
Quote Bedak_Carrie 29-1-2026 06:16 PM
Memang kaya raya ke laki dia?

Quote Bedak_Carrie 29-1-2026 06:21 PM
prince_marhaen replied at 29-1-2026 03:58 PM
Prof. Dr. Nasir bukan lect biasa, last sekali heols Timb. Dekan Fakulti Seni, pernah jadi CEO Fina ...

Timb. Dekan pun kalau gred pensyarah, tetap bergaji ikut gred... Ada extra elaun lah rasanya.
Berduit dan selesa tapi taklah level kaya raya.

Tapi kalau bab ceo dan join companies, OK ni extra income besarlah lah utk bapak dia.
Tapi kita pun memang nampak family ni berduit sbb mewah je lifestyle masing2.
Quote MatDeghem 29-1-2026 07:46 PM
masih relevan ke si makcik ini. dengan dia punya showoff.....adik beradik.
Quote irvene 29-1-2026 08:06 PM
aku tengok takde la kaya sangat. sebab si diana tu. takde pulak p overseas tiap tahun.
Quote dani-rox 29-1-2026 08:20 PM
prince_marhaen replied at 29-1-2026 12:23 PM
Circle dia pun bukan mcm circle rempit kau nok, sebelum siblings dia kawin pun semua circle T20, mak ...
cuma Pipah je lah tergelincir sikit gi karok dengan Alip Kote Kenit tu...
hamagad





Quote thelilyallen 29-1-2026 09:17 PM
Bedak_Carrie replied at 29-1-2026 06:21 PM
Timb. Dekan pun kalau gred pensyarah, tetap bergaji ikut gred... Ada extra elaun lah rasanya.
Berd ...

Baca kes saman dia, dia jadi ceo finas gaji 20k je. Elaun pun takdelah banyak mana.

Pencen pun penjawat awam biasa kan. Tu aku cakap, rasanya family dia bukan kategori kaya raya mana pun.

Lps tu laki si spek mata hitam tu, somebody gak ke? Tengok mcm org biasa tapi mcm menyendeng gak dkt org politik. Mcm ternampak gambar haritu kihkih
Quote thelilyallen 29-1-2026 09:19 PM
Bedak_Carrie replied at 29-1-2026 06:21 PM
Timb. Dekan pun kalau gred pensyarah, tetap bergaji ikut gred... Ada extra elaun lah rasanya.
Berd ...

Dekan upsi ada je gred 54. Gaji dalam 13k je. Itupun dah kerepot baru merasa kan. Masyuk lagi bdk muda yang kerja minyak
Quote slyfynx 29-1-2026 09:22 PM
Tp, die ni RSO jgk.
So ialah vibe x best
Quote slyfynx 29-1-2026 09:23 PM
Tp, die ni RSO jgk.
So ialah vibe x best

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.770942 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top