CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan mudah ‘pukul rata’, Lufya kecewa kumpulan usrah dituduh sokong jenayah…. Tepis komen melampau netizen

29-1-2026 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14763| Komen: 10

 



PENYANYI Lufya Omar tampil memberi respons terhadap komen netizen yang dia  menyokong tindakan jenayah, susulan isu yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. 

Bagi Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 41, tidak adil untuk mengaitkan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh seorang individu dengan semua pihak lain. 

"Janganlah pukul rata kesalahan jenayah orang lain terhadap kami. Kita sedang berusaha istiqamah di jalan-Nya. Mudah untuk berhijrah tutup kepala, tutup aurat tapi tidak mudah untuk Istiqamah. 

"Jangan samakan kesalahan seorang individu yang berbuat jenayah, habis semua nama terpalit. Ia tidak adil dan jangan biasakan mentaliti seperti ini.

 



"Kita boleh benci kesalahan atau jenayah yang dilakukan tapi jangan membenci orang sekeliling yang tidak bersalah," katanya. 

Lufya berkongsi perkara itu bagi menjawab komen netizen yang mendakwa dia bersama rakan-rakan usrah lain menyokong individu melakukan jenayah rogol.

Dalam pada itu, Lufya turut meluahkan rasa kecewa apabila komen sedemikian ditinggalkan pada hantaran berkaitan usrah bulanan melibatkan ramai selebriti dan juga ustazah yang menyampaikan ilmu agama.

"Isu ini sudah beberapa hari hangat diperkatakan. Saya rasa melampau  kalau tiba-tiba dapat komen sebegini seolah-olah kami semua menyokong dan terlibat dengan jenayah ini. 

"Komen pula dekat posting usrah bulanan yang melibatkan ramai selebriti dan ustazah yang sedang mengajar agama.

"Bahaya kata-kata sebegini. Seluruh tindakan, baik sekecil zarah, akan mendapatkan balasan setimpal, baik di dunia mahu pun di akhirat," ujarnya. 

 


Lufya juga menyeru orang ramai agar tidak mudah menghukum dan sebaliknya mendoakan kebaikan buat semua pihak yang terlibat.

"Dalam setiap manusia pasti ada dosa dan kesalahan yang dilakukan. Cukup dengan mendoakan ahli keluarga kita selamat dan tidak menerima ujian “berat” seperti ini. 

"Siapa kita untuk menghakimi orang lain? Biar pihak berkuasa yang jalankan tugas mereka," katanya.

Sumber:  mstar
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 29-1-2026 12:16 PM
Sorry lah Lopya Tiak Lecak.... sejak zaman uni pun dak2 usrah ni lah yang paling garit sekali.
Geng usrah retis2 pulak sejenis nak bertanding siapa paling bertutup kelubung tapi tetap pose amik gambar, jubah bling2, tetiba jual tudung jual abaya, tapi mulut still hancing macam beradik patimah rahmad tu.. kau sendiri pun kaki kencing pasal ex-laki pasal kena culik la kena serang lah... cukup lah lecak.
Quote sharlenetexas 29-1-2026 01:02 PM
Ada yg anti betul dgn usrah
Ada yang taksub sangat dgn usrah.

Quote MatDeghem 29-1-2026 02:29 PM
ketua geng usrah ini lah yang recomend syeton to hanna kan.
masa ini case rogol dah jalan. yet dia recomend si syeton pada hanna. Kesian lah si dak hanna....waktu tu lagi dahaga jantan desperate....gmap je lah.

#gengpenunggangAgama
Quote ZORRO5555 29-1-2026 06:03 PM
Boleh jalan la
Quote emera 29-1-2026 06:08 PM
Geng usrah retis adalah geng miang.
Quote lanacondor 29-1-2026 06:25 PM
Edited by lanacondor at 29-1-2026 06:28 PM

Panduan mencari kawan dalam islam:

“Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”. (Sahih Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih

Ni contoh mudah bg paham. Kalau dah kwn hang menyokong perkara yg mungkar, maka hang lari lah. Contoh : kwn hang menyokong perogol, hang patut kawan dgn org tu ke x? Hang besaq, hang pikiaq sdri
Quote slyfynx 29-1-2026 09:54 PM
X kisah la.
Ttp x suke vibe die ni
Quote spitsid 29-1-2026 11:56 PM
Ter lalu dekat tiktok tadi akma af dok nyanyi2.. terkejutt kita. Bukan kah dah p haji? Haritu balik haji ada juga dia buat statement mengundang pasal   dosa2 ni.. tiba2 tahun ni ko buat live tiktok nyanyi2. Suara kan aurat? Kan? Ke sebab baru2 ni ada org petik nama kat threads suggest masuk GV? Kah?
Quote MissVixen 30-1-2026 01:57 AM
Geng usrah ni geng anggap diri terpaling baik dan ahli syurga. Baru berhijrah tapi over sangat dan hipokrit dari budak yang memang dari sekolah agama dan tahfiz. Si lufya ni pun menipu kes anak kena culik tu...laporan polis pun tak buat. Geng seorang lagi pulak asyik buat drama lucah walaupun tudung labuh dan berjubah hitam kehulu kehilir. Hipokrit.
Quote KBW2 30-1-2026 03:29 AM
prince_marhaen replied at 29-1-2026 12:16 PM
Sorry lah Lopya Tiak Lecak.... sejak zaman uni pun dak2 usrah ni lah yang paling garit sekali.
Geng  ...

Betul Betul Betul, tepat sekalik.  Every. single. words.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.598488 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top