CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Alhamdulillah, Tudung Masih Atas Kepala” - Kilafairy

29-1-2026 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10561| Komen: 2

 



Pelakon Kilafairy menafikan dakwaan kononnya terdetik kembali tidak bertudung kerana kurang tawaran berlakon sebaliknya tercetus daripada pergolakan jiwa insan yang lemah.

Memetik HibGlam, Kilafairy berkata dia masih menerima tawaran berlakon serta mengakui ada masa wujud perasaan tersebut.

“Memang bukan sebab tiada tawaran, sejujurnya tawaran berlakon masih okey. Alhamdulillah.

“Cuma tidak dinafikan pada waktu tertentu, datang satu rasa yang entah kenapa terlintas, macam senang kalau keluar tanpa tudung. Keluar saja tanpa fikir apa-apa. Tapi rasa itu cepat-cepat  saya tahan,” katanya.

Sementara itu, Kilafairy berkata sehingga kini dia masih lagi berhijab dan beranggapan berkat doa orang ramai menjadi kekuatan untuk dia kekal istiqamah.

“Setakat ini Alhamdulillah, tudung masih di atas kepala. Doakanlah supaya berterusan sampai bila-bila. Saya percaya, saya pakai tudung pun hasil doa orang. Jadi doa itu sangat kuat kesannya.

“Ada waktu saya sendiri keliru, tapi saya masih melawan perasaan itu. Berkat doa semua, saya masih bertahan,” katanya.

Dalam pada itu, Kilafairy berkata apabila timbul perasaan tersebut dia akan menjcari kekuatan dengan merujuk golongan berilmu.

“Apabila rasa itu datang, saya terus hubungi ustazah. Ustazah cakap, ‘di sinilah pahala awak’. Katanya, usaha menahan diri daripada membuka tudung itu sendiri satu ganjaran.

“Tapi sebenarnya ramai juga mesej saya dan cakap, ‘ya Allah, saya ingat saya seorang saja rasa macam ni’. Saya suka bila mereka tahu mereka tak keseorangan. Saya rasa hampir setiap wanita pernah lalui fasa begitu,” katanya.

Sumber: HibGlam,Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angin_menderu 29-1-2026 11:42 AM
Hareyy tu filter sebakul ke cucuk filler 10 gallon. rasanya bibir dia memang mungil tapi tidak le dari sebatu boleh nampak gitu

Papepun semoga kilangferi terus istiqomah bertudung
Quote Alvida 29-1-2026 04:47 PM
Buka2 la tudung tuh takde topik lain asyik pasal tudung jer payah sgt nk tutup aurat
Ntah2 solat pun tak beban jd muslimah katanya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.274042 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top