CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Lelaki 19 tahun sumbat botol deodoran dalam "lubang J"... Merana tahan sakit lepas tersangkut di rektum!

28-1-2026 10:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24848| Komen: 2

 


SEORANG lelaki muda terpaksa dikejarkan ke hospital apabila sebuah botol deodoran tersangkut di rektumnya selepas ia dimasukkan melalui dubur.

Pesakit berusia 19 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu dimasukkan ke sebuah hospital di Sao Paulo, Brazil, akibat kesakitan melampau.

Menurut laporan media tempatan, dia mengalami ketidakselesaan abdomen selepas memasukkan deodoran itu semasa aktiviti seksual.

Pakar bedah kolorektal, Daniel Brosco, berkata objek tersebut bergerak ke dalam dan tersekat di rektum pesakit.

Pasukan perubatan kemudian menjalankan prosedur pengeluaran untuk mengelakkan komplikasi serius.

Semasa prosedur dijalankan, doktor memantau keadaan keseluruhan pesakit untuk mengelakkan kemungkinan pendarahan dalaman.


Dr Brosco menunjukkan deodoran yang digunakan oleh pesakit berkenaan. -Foto Newsflash


Dalam pada itu, Dr Brosco berkata dia berkongsi kisah pesakit berkenaan secara terbuka bagi memberi amaran kepada orang ramai.

"Eksperimen seksual seperti ini berpotensi membawa akibat yang boleh membawa maut. Fantasi bukan masalah. 

"Masalahnya ialah (pelaku) tidak menggunakan objek yang direka untuk tujuan ini,” katanya,

Tambah Dr Brosco, dia pernah merawat pesakit yang mengalami jangkitan teruk dan meninggal dunia selepas insiden serupa.

Doktor itu berkata kes-kes melibatkan objek asing tersekat di rektum semakin kerap berlaku.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dia merawat pesakit yang memerlukan pengeluaran pelbagai objek termasuk ubi kentang, bahagian kerusi, botol kaca dan alat penyumbat anal. -Agensi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 29-1-2026 01:39 AM
ubi kentang???????
Quote Purestteam1 29-1-2026 02:24 AM
lain mcm gaya doktor ni.. haha

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.593133 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top