|
Bukit Mertajam: Satu ketika dulu, lelaki ini pernah hanyut dalam kemewahan dengan hasil pendapatan sebagai along dan mengusahakan pub yang banyak menjerumuskan dirinya ke lembah dosa. Bagaimanapun, hidayah Allah SWT melembutkan hati Ooi Chooi Beng, 44, hingga dia yang dulunya agresif dan pernah menjadi gangster berubah perlahan-lahan selepas memeluk Islam pada 27 September 2017. Kini, Ooi bukan hanya kembali kepada fitrah malah giat menyebarkan syariat Islam dengan menjadi penceramah bebas dan pendakwah sepenuh masa malah sudah mengislamkan lebih 100 saudara baru. Menyingkap kisahnya, Ooi berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya akan berhijrah jauh sekali menjadi pendakwah kerana ada persepsi Islam agama yang dianuti kumpulan pengganas dan tidak betul ajarannya. Lebih membuatkan dia tidak peduli adalah kerana sudah hidup selesa dengan pendapatan bulanan sebagai along yang mencecah lima hingga enam angka sebulan.
Ooi berkata, sepanjang lima tahun bergelar along, hidupnya ibarat 'bertuhankan' duit malah berhati kering disebabkan kerja hakikinya yang saban hari mengugut, menyita, menarik kereta dan menyimbah cat untuk menuntut hutang. "Saya pernah menjadi mangsa buli ketika di sekolah rendah sebelum sertai kumpulan gangster di sekolah menengah tapi yang membuli dulu kawan Melayu Islam jadi itu sebabnya ada perasaan tak suka terhadap Islam sampai bila dengar azan, saya akan ejek. "Tapi mungkin disebabkan terlalu benci, Allah SWT kirimkan saya isteri (Ariani Komaruzzaman, 49) yang ajak berubah. Kami berkahwin pada 2004," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, permulaan hijrahnya tidak mudah kerana diuji dengan masalah kewangan selepas 'cuci tangan' sebagai along dan menjual pubnya pada awal 2018. "Saya mula nekad nak tinggalkan dunia lama selepas belajar agama dengan bimbingan rakan mualaf, salah seorangnya 'Brother Lim' (Lim Jooi Soon). "Tapi bila tinggalkan kerja along, saya hilang segalanya sampai jatuh terduduk hingga pernah terdetik untuk kembali jadi along kerana fikir selepas Islam, hidup jadi susah. "Tapi isteri halang kerana katanya, apa yang berlaku ujian Allah SWT sebab nak bersihkan dosa dan naikkan darjat. Saya kuatkan diri untuk bertahan walaupun susah kerana diuji bertubi-tubi antaranya terpaksa langsaikan hutang RM150,000 dengan majikan lama sampai kena jual pub dan rumah," katanya yang juga bapa kepada tiga anak. Ooi berkata, merata tempat dia memohon pekerjaan namun gagal dan titik permulaannya menjadi pendakwah dan penceramah bebas adalah selepas diundang sebagai panel di sebuah universiti. "Seingat saya, saya diundang sebagai panel itu pada pertengahan tahun 2018 dan hanya bercakap tak sampai seminit kerana terlalu gementar. "Tapi lama-kelamaan semakin baik dengan izin Allah SWT dan kursus dihadiri banyak membantu saya dalam kerja dakwah dengan pendekatan mencari titik persamaan serta sampaikan tanpa mengguris perasaan. "Ditolak itu perkara biasa malah bila buka reruai di pasar pagi, ada juga orang Islam hairan dengan imej saya kerana muka Cina tapi berdakwah. "Tapi syukur kerana dalam 10 ditemui, tujuh daripadanya kembali ke fitrah (memeluk Islam) dan isteri pun ada tulis buku bertajuk Sejadah Yang Basah dan selepas baca, ada yang dijentik hatinya oleh Allah SWT untuk menerima hidayah," katanya. Selepas hampir sembilan tahun memeluk Islam, Ooi enggan menoleh ke belakang sebaliknya mahu terus menjadi pendakwah bagi menyampaikan ajaran Islam dalam usaha menarik lebih ramai saudara baru. "Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatNya, Dia (Allah SWT) izinkan kembali ke fitrah. "Saya anggap masa lalu itu takdir dan hikmahnya saya dapat kongsi pengalaman supaya orang lain tak terjebak dengan kegiatan gangster dan perkara maksiat. "Kalau boleh, saya nak sampaikan dan sebarkan ajaran Islam sampai menutup mata," katanya. Sumber – Harian Metro |
gigahertz replied at 28-1-2026 11:31 PM
yang kiri ke kanan orangnya ?
hidayah Allah SWT melembutkan hati Ooi Chooi Beng, 44, hingga dia yang dulunya agresif dan pernah menjadi gangster berubah perlahan-lahan selepas memeluk Islam pada 27 September 2017.

afie_m replied at 29-1-2026 08:45 AM
alhamdulillah...
cuma tak berapa paham satu perkara, berkahwin 2004, time ni isteri pun bukan islam ...

supernaturalee replied at 29-1-2026 08:48 AM
tu lah
jual pub 2018

B40tastePosh replied at 29-1-2026 08:52 AM
Dia take time la tu nak jadi Muslim.
Ada je Melayu yang Munafik sampai nak masuk lubang kubur. ...
ajinomotonosuga replied at 29-1-2026 11:52 AM
oang dapat hidayah ni lain dari islam BAKA
mak pak islam dia pun islam..islam ikut ikutan
B40tastePosh replied at 28-1-2026 04:52 PM
Sementara @Dwdrum masih dengan penis vibrator nya.
Dwdrum replied at 30-1-2026 05:56 AM
Pendakwah selalu guna guilt tripping and self reflection tactics (psycology/emotional manipulation ...
B40tastePosh replied at 29-1-2026 03:16 PM
Tuhan kau vibration dari vibrator sebab tu kau libtard, mudah, tak payah susah susah belajar tajwi ...
ADVERTISEMENT