CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Ingatkan hidup betul-betul susah, Pengemis rupanya hartawan, siap ada pemandu

28-1-2026 09:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22574| Komen: 1

 


New Delhi: Disangka hidup melarat dan menderita akibat penyakit kusta, seorang pengemis lelaki di Indore, bandar di barat Bhopal, India, rupa-rupanya seorang hartawan yang memiliki tiga rumah serta kereta dengan menggunakan khidmat pemandu.

Memetik laporan Oddity Central, kekayaan luar biasa lelaki berusia 50 tahun yang dikenali sebagai Mangilal itu terbongkar selepas dia diselamatkan pihak berkuasa tempatan dalam operasi untuk menjadikan Indore sebagai bandar bebas pengemis.

Mangilal yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal dikesan sering menghabiskan masa bersila di atas platform kayu beroda untuk meraih simpati orang ramai di Bazar Sarafa, sejak bertahun-tahun lalu.

Keadaan fizikalnya yang kudung jari akibat penyakit kusta sering menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya sehingga ramai yang tidak teragak-agak menghulurkan wang simpati.

Bagaimanapun, siapa sangka di sebalik wajah sayu dan pandangan yang sering tertumpu ke tanah, strategi itu sebenarnya menjadikannya lebih kaya daripada kebanyakan orang normal yang bekerja keras.

Siasatan mendapati Mangilal mampu meraih pendapatan ribuan rupee setiap hari, dan wang berkenaan digunakan pula untuk memberi pinjaman berfaedah kepada pekedai di kawasan pasar berkenaan.

Statusnya sebagai gelandangan juga hanyalah lakonan semata-mata kerana pemeriksaan lanjut mendedahkan dia sebenarnya memiliki sebuah rumah tiga tingkat, rumah kedua serta seunit flat.

Lebih mengejutkan, hartanah flat berkenaan diperolehnya melalui program kebajikan kerajaan, manakala rumah selebihnya dibina hasil daripada 'titik peluh' mengemis di jalanan.

Selain hartanah, pengemis ini turut memiliki dua beca automatik yang disewakan kepada individu lain bagi menjana pendapatan pasif setiap bulan.

Bukan itu sahaja, dia turut memiliki sebuah kereta peribadi dan menggaji seorang pemandu dengan bayaran bulanan sebanyak 12,000 Rupee (kira-kira RM550).

Mangilal dalam pengakuannya mendedahkan bahawa dia mengemis bukan untuk kelangsungan hidup, sebaliknya menjadikan hasil kutipan itu sebagai modal untuk pelbagai pelaburan yang diceburinya.

Walaupun menyedari aktiviti mengemis adalah haram di daerah itu, Mangilal cuba membela diri dengan mendakwa dia tidak pernah meminta, sebaliknya orang ramai yang meletakkan wang ke dalam poketnya.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 28-1-2026 09:37 PM
Ni macam dracin drakor. Dracin pun dah banyak yg berbahasa yendon.


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.533614 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top