|
Kuala Lumpur: Seorang bekas Ketua Perisikan bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah di sini esok bagi menghadapi pertuduhan rasuah. Difahamkan, pertuduhan terhadap bekas pegawai kanan itu akan dijalankan serentak dengan pendakwaan membabitkan beberapa individu berprofil tinggi lain termasuk seorang pegawai kanan tentera bermula jam 8.30 pagi. Difahamkan, seorang pegawai kanan tentera akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada masa yang sama. Selain itu, pertuduhan esok turut membabitkan kes di bawah Op Nature dan Op Pump yang menyaksikan seorang individu bergelar Datuk, seorang warga asing serta seorang penjawat awam akan diheret ke muka pengadilan. Bagi kes Op Nature, seorang warga asing dan individu bergelar Datuk akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Seremban, manakala seorang penjawat awam yang ditahan menerusi Op Pump akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Op Nature sebelum ini dijalankan secara serentak oleh SPRM Selangor dan SPRM Negeri Sembilan di dua lokasi, iaitu Klang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan pada 20 Januari lalu. Menerusi Op Pump pula, SPRM menahan seramai 37 pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi Counter Setting atau 'laluan kaunter khas'. Sumber – Harian Metro |
37 pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi Counter Setting atau 'laluan kaunter khas'.
ADVERTISEMENT