CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga lelaki warga tempatan menyamar polis selamba tahan, gari warga Indonesia

28-1-2026 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22120| Komen: 8


CHERAS – Helah tiga lelaki menyamar sebagai polis kononnya mahu memeriksa permit kerja seorang warga Indonesia membawa padah apabila mereka diberkas di Taman Maluri, di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, dalam kejadian pada pukul 10 malam, mangsa ditegur tiga individu tidak dikenali sebelum ditanya sama ada mempunyai permit bekerja atau tidak.

Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa membuka beg kononnya untuk pemeriksaan sebelum salah seorang daripada mereka bertindak menggari mangsa sambil mendakwa dirinya anggota polis.

“Seorang saksi yang berada di tempat kejadian kemudiannya menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk mendapatkan bantuan polis.

“Anggota MPV yang tiba di lokasi menahan ketiga-tiga suspek dan pemeriksaan ke atas beg salah seorang menemukan sepasang gari serta ves polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20-an dan merupakan warga tempatan.

“Suspek dipercayai memperoleh barangan berkenaan dengan membelinya secara atas talian,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek direman tiga hari bermula Isnin hingga hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam serta siasatan lanjut masih diteruskan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 28-1-2026 07:22 PM
Bila pihak berkuasa taknak buat kerja, orang awam lah yg buat keje pihak berkuasa.
Quote Skuau 28-1-2026 07:48 PM
lanacondor replied at 28-1-2026 07:22 PM
Bila pihak berkuasa taknak buat kerja, orang awam lah yg buat keje pihak berkuasa.


Hrp drng gunakan hujah ni sbg hujah pembelaan...
Quote kemaruk 28-1-2026 08:37 PM
lanacondor replied at 28-1-2026 07:22 PM
Bila pihak berkuasa taknak buat kerja, orang awam lah yg buat keje pihak berkuasa.

Vigilante   
Quote Purestteam1 28-1-2026 09:16 PM
mohon inspektor sheila siasat
Quote nisako 29-1-2026 08:02 AM
ape ke jadah
Quote supernaturalee 29-1-2026 08:39 AM
jadah, ke ape???????

Quote B40tastePosh 29-1-2026 08:54 AM
Bekas polis kot, polis kan suka minta duit wargaasing.
Quote afie_m 29-1-2026 09:02 AM
padan muka, tapi baguslah ada saksi yg buat call..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.159958 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top