CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

CEO, Naib Presiden ‘overtime’ di pejabat ‘direhatkan’, ‘bunyi aneh’ di sebalik pintu yang tertutup

28-1-2026 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22613| Komen: 17

 



SINGAPURA – Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan digugurkan daripada carta kepimpinan syarikat di laman web firma ejen hartanah Singapura itu, lapor portal berita Mothership. 

Tindakan itu dibuat selepas Lim dan Tan yang juga pempengaruh media sosial, dipercayai menjalinkan hubungan sulit. 

Rakaman video dimuat naik di platform Reddit memaparkan ‘bunyi aneh’ di sebalik pintu yang tertutup sebelum Lim dan Tan dirakam keluar dari pejabat tersebut pada 19 Januari lalu. 

Selain halaman profil mereka di laman web PLB, akaun LinkedIn milik Tan turut diturunkan.

Beberapa tangkap layar yang menampilkan perbualan antara Lim dan syarikat itu tular di media sosial.

Dalam mesej itu, Lim mengakui membuat kesilapan dan memohon maaf kerana melanggar batas, sambil menambah bahawa beliau akan ‘berehat’ dalam tempoh beberapa bulan untuk menumpukan perhatian kepada keluarganya.

“Saya telah menangani perkara ini dengan keluarga saya dan kini sedang mengambil masa beberapa bulan untuk memberi tumpuan kepada pemulihan dan perlindungan keluarga saya,” kata Lim. 

Mesej itu juga menyatakan bahawa beliau dan Tan akan melepaskan jawatan kepimpinan semasa mereka agar syarikat dapat beroperasi dengan stabil dan tanpa gangguan. – AGENSI


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 28-1-2026 06:50 PM
gigih la hat yg merekod tu, sampai terbaring2 kat lantai

dengo nya sipi2 kena kuatkan volume

Quote lanacondor 28-1-2026 07:26 PM
50 shades of Lim..
Quote plywood 28-1-2026 08:20 PM
skandal lagi...




Quote terma2nkondisi2 28-1-2026 08:36 PM
bunyi aneh
Quote terma2nkondisi2 28-1-2026 08:38 PM
dua2 dah kawen kan?

diorg buat projek nak ambik vibe ofis ka
Quote terma2nkondisi2 28-1-2026 09:03 PM
terma2nkondisi2 replied at 28-1-2026 08:38 PM
dua2 dah kawen kan?

diorg buat projek nak ambik vibe ofis ka

silap ayat ni.. masing2 dah ada marital partner kan?.. haaa baru betul
Quote Purestteam1 28-1-2026 09:10 PM
tempat keras tu.. kena bersihkan...hihi
Quote delia3003 28-1-2026 09:15 PM
Sape la yang rakam tu.

Dah elok² jawatan besar. Cari penyakit.
Quote sharlenetexas 28-1-2026 09:19 PM
Nanti ada yg bekap itu hal peribadi mereka. Kalau betul2 peribadi gi lah cari hotel. Jangan buat anak eh buat taik kat tempat kerja cari makan.




Quote ZORRO5555 28-1-2026 09:58 PM
Gila betol
Quote nisako 29-1-2026 08:03 AM
crazy le
Quote supernaturalee 29-1-2026 08:37 AM
don't shit where you eat


Quote BoongaKertas 29-1-2026 09:02 AM
berlegar2 benda ni kat ig smlm. iols memula blur sbb ape yg diorng rekod. rupanya minah tu tgh menjerit. setan tol kemain kuat. iols yg segan nak tgk. adoi!
Quote areyam 29-1-2026 09:38 AM
bunyi kuat... patut gi jer hotel sebelah tu
Quote rospinki 29-1-2026 11:38 AM
sempat jugak aku skodeng link vid kt atas tu
Quote akies 29-1-2026 11:46 AM
Ingat opis berhantu
Rupanya cehh
Quote zafira 29-1-2026 11:53 AM
pintu opis mcm tu ofkoslah orang sebelah boleh dengar... ape punya sengal la... ish..ish..ish..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.091591 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top