CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gagal bayar kos sebanyak RM66,061.85 kes saman fitnah, 14 harta alih milik Jamal Yunos telah disita

28-1-2026 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8681| Komen: 11


KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 harta alih milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos telah disita di kediamannya di Ampang, Selangor hari ini berhubung kegagalan membayar kos sebanyak RM66,061.85 kes saman fitnahnya.

Perkara itu disahkan peguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Teresa selaku plaintif dalam kenyataan media sebentar tadi.

“Writ Penyitaan telah dilaksanakan dengan sewajarnya, dan sejumlah 14 item telah dirampas dari premis (rumah) itu. Pelaksanaan Writ Penyitaan telah selesai kira-kira pukul 12.36 tengah hari. Barangan yang dirampas kini sedang menunggu pelupusan secara lelong,” kata kenyataan itu.

Sebelum 14 item itu disita, kenyataan itu menyebut penolong pendaftar mahkamah dan seorang lagi peguam G.Maniggandan serta anggota polis telah ke rumah Jamal pada pukul 11.42 pagi.

“Sebaik tiba, mahkamah cuba menghubungi penghuni dengan memanggil dan membunyikan loceng pintu, namun tiada sebarang maklum balas. Disebabkan itu, atas perintah mahkamah pegawai mengarahkan kemasukan paksa dilaksanakan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan penyitaan harta alih di kediaman Jamal selepas gagal membayar kos berjumlah RM66,061.85 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berhubung kes saman fitnah berkaitan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Writ Penyitaan dan Penjualan telah dijalankan oleh bailif mahkamah untuk mendapatkan semula jumlah penghakiman tertunggak sebanyak RM66,061.85 sebagai kos yang belum dibayar dan proses penyitaan itu dilakukan di kediaman Jamal di Ampang Jaya, Selangor.

Menurut peguam tersebut dalam perintah mahkamah, bailif diberi kuasa untuk melakukan kemasukan paksa menggunakan kekerasan yang munasabah, mengikut undang-undang, sekiranya akses ke premis dinafikan.

Untuk rekod, Jamal telah menjelaskan RM300,000 kepada Teresa dalam kes saman itu namun terdapat lagi baki berhubung kos yang belum dijelaskan.

Pada 30 Julai 2024, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Jamal untuk kebenaran merayu bagi membatalkan perintah mahkamah kepadanya supaya membayar RM300,000 kepada Teresa.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang turut dianggotai Hakim Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Terdahulu, pada 27 Mac tahun sama Mahkamah rayuan memerintahkan Jamal kekal perlu membayar RM300,000 kepada Teresa selepas panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Supang Lian selepas mendapati rayuan yang dikemukakan Jamal tidak mempunyai merit.

Sebelum itu, pada 26 Julai 2022, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd. Arief Emran Arifin memerintahkan Jamal membayar RM300,000 kepada Teresa selepas membenarkan tuntutan saman fitnahnya selain berpuas hati Jamal gagal membuktikan pembelaannya.

Mohd. Arief Emran turut memerintahkan Jamal membayar ganti keseluruhan meliputi ganti rugi dalam tempoh 14 hari.

Mahkamah juga mengarahkan defendan membayar kos RM50,000 serta mengeluarkan perintah injunksi yang melarang defendan atau ejennya daripada mengulangi dakwaan itu.

Teresa memfailkan saman pada 6 April 2017 dengan mendakwa Jamal mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan dana Yawas dalam sidang media pada 8 Mac 2017.

Dalam pernyataan tuntutannya, Teresa mendakwa kenyataan berkenaan telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik termasuk dalam laman sosial Facebook milik Jamal.

Teresa mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kegunaan sendiri dan seorang yang tidak beretika.

Beliau menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah berkenaan. – KOSMO! ONLINE


Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal9545 28-1-2026 05:37 PM
mana kawan kawan dan penyokong lain...ditinggalkan kesepian ke?
Quote L.U.S.M 29-1-2026 04:46 AM
Ank kawen orka hari tu xblh tlg ke
Quote batmana 29-1-2026 04:56 AM
Mcm dgr dia dah lari dulu..konfuse kejap aku
Quote nisako 29-1-2026 08:05 AM
hahhhaaaaaaa ape dh jadi miskin dh ke
Quote prince_marhaen 29-1-2026 09:21 AM
Saja ak nak bayar ni, bukan takde duit, juta2 dah kaut masa aktif 'melombong' politician dulu...macam DSV lah, barang kena lelong pun dia beli sendiri guna nama staff dia..dapat kat dia balik... kos pun sikit je bayar..
Quote vanilacup 29-1-2026 10:06 AM
Penangan masuk politik mudah kaya walaupun Ketua cawangan biasa...
Kadang-kadang pelik kenapa hidup mereka ni sgt mewah walhal bukan Adun atau Parlimen...
Datuk Jamal ni masa Sekinchan Ikan Bakar bungkus pun tak nampak terkesan ekonomi dia cuba org biasa bungkus business memang jatuh terus taraf hidup...
Quote Denco 29-1-2026 11:08 AM
Balasan utk kaki fitnah ni dunia lagi Allah balas
Quote zafira 29-1-2026 11:45 AM
tak percaya akak dia takde duit... eh, bukan dia sakit teruk ke hari tu? dah baik ke? banyak pulak soalan.. hehe
Quote B40tastePosh 29-1-2026 11:52 AM
nisako replied at 29-1-2026 08:05 AM
hahhhaaaaaaa ape dh jadi miskin dh ke

Haritu acik support beli ikan kering Jamal
Quote gangerina 29-1-2026 06:48 PM
teringat jumpa dia somewhere dulu dgn pistol kat holster sebelah pinggang....adeh....kalau open house raya suppoter geng motor sekinchan dtg banglo dia kat Ampang...
Quote Purestteam1 29-1-2026 09:14 PM
sian nya... teringat dia bertuala ngan berus gigi dulu...hihi

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.547622 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top