CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Prof kangkung”: Writ saman terhadap Rita Rudaini gagal diserah

27-1-2026 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 35274| Komen: 25

  



Peguam yang mewakili dua tokoh akademik dalam kes saman Rita Rudaini mengesahkan writ saman yang dikemukakan terhadap pelakon itu gagal diserahkan.

Dua tokoh akedemik itu ialah Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Mohd. Roslan Mohd. Nor, dan timbalannya, Saidah Haris @ Harith.

Saman berkenaan adalah berhubung kenyataan didakwa berbaur fitnah yang dikeluarkan Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar, antaranya berhubung isu ‘prof kangkung’ membabitkan pemimpin MUAFAKAT itu.

Peguam Datuk Adnan Seman yang mewakili kedua-dua tokoh akademik itu selaku plaintif ketika dihubungi media, berkata, dua dokumen saman oleh anak guamnya tidak dapat diserahkan kepada Rita selaku defendan pada alamat terakhir yang diketahui.

Menurut Adnan, saman itu berkaitan dakwaan Rita mengeluarkan kenyataan yang dipertikaikan termasuk melabelkan kedua-dua plaintif terbabit sebagai bongkak, narsisis, tidak profesional, ‘prof kangkung’, gila jawatan, penipu serta tidak layak menerajui pertubuhan MUAFAKAT.

“Plaintif kemudian membuat serahan dokumen mahkamah melalui aplikasi WhatsApp kepada defendan (Rita), tetapi tiada kehadiran dimasukkan oleh mahkamah. Mahkamah seterusnya membenarkan permohonan penyampaian ganti bagi membolehkan saman berkenaan diserahkan melalui kaedah alternatif.

“Mahkamah memberi tempoh selama satu bulan kepada plaintif untuk melaksanakan penyampaian ganti berkenaan. Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 26 Februari 2026,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan tidak lagi berdiam diri, dua tokoh akademik nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap Rita selepas dakwaan fitnah berlarutan beberapa bulan dan notis tuntutan RM1 juta sebelum ini tidak dipatuhi.

Kedua-dua tokok akademik itu memfailkan saman berkenaan melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates pada 6 Disember lalu.

Adnan berkata saman itu difailkan selepas mendapati Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, memuat naik kenyataan berbaur fitnah menerusi Instagram, WhatsApp dan beberapa platform komunikasi lain. 


Sumber :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 27-1-2026 06:25 PM
Ego mak ayah T20 vs Ego mak ayah B40&M40. Kesannya anak2 yg xboleh fokus belajar secara aman. Benda kecil boleh je bincang sama2, tapi masing2 ego nak tunjuk kuasa. Menyusahkan cikgu dan anak2 yg jadi mangsa
Quote angin_menderu 27-1-2026 06:33 PM
Kalau tang dia, sepi. cuba kalau bekas laki dia, seribu satu malam pun tak habis dia ngungkit
Quote alesandra 27-1-2026 06:39 PM
bagi jela kerjasama.ko kan  terpaling pailang..terpaling ituini.berani kerana benar.
Quote cm_vungtau 27-1-2026 09:23 PM
Baru masuk mrsm dah gigih beria. Kalau masuk ISKL ke Marlborough ke mesti mental memasing.
Quote Purplehaz 27-1-2026 09:49 PM
" Lempar batu sembunyi tangan "
Quote delia3003 27-1-2026 10:26 PM
Ingatkan berjaya berdamai kat luar, tidak rupanye.
Quote sharlenetexas 27-1-2026 11:00 PM
Sembunyi dalam gua kah? Dalam kes ni, ritrude pulak jadi macam edel senyap sunyi terus.


Quote fattymah 27-1-2026 11:21 PM
Ingatkan kabel fibre optic tolong.. tekaan salah rupanyeh
Quote mawarika 28-1-2026 12:02 AM
Alamat terakhir?
Quote Shinichikudo 28-1-2026 12:54 AM
kat socmed kemain berdegar2..skrg menikus pulak. dia ni memang akan buli orang yang dia rasa xkan melawan. Now rasain mungkin buku bertemu ruas. makan popcorn tengok rude bergocoh
Quote oggy 28-1-2026 02:10 AM
Dulu kan dia ada gaduh dgn cikgu kan, apa ending dia?
Quote nisako 28-1-2026 08:13 AM
hmmmmmmm
Quote KamikuP 28-1-2026 08:55 AM
Senyap tak berkutik Ritrud, menyorok dalam Gua Kelam kah sheolls? ekekekek
Quote prince_marhaen 28-1-2026 09:44 AM
Lahhh.... prof ni ex lecturer aku rupanyahhhhh hahahahahahahaha! Patut nama familiar.. dulu takde prof..
Habislah ko ritrud... prof ni memang garang ye...  lantang & tegas jugak ye... memang fighting nampaknya..
Quote Orix 28-1-2026 01:46 PM
alesandra replied at 27-1-2026 06:39 PM
bagi jela kerjasama.ko kan  terpaling pailang..terpaling ituini.berani kerana benar.

eh eh ko pulak over. ajet good2 je ko ni... ko pun terpaling pengecut lagi mau cakap berani kerana benar.. peliwat tersohor pujaan kau pun tak berani nk buka balik kes liwat, kes saman atok pun asyik mintak tangguh, berani kerana benar ? LAWAKKKKKK betul ko ni
Quote alesandra 28-1-2026 02:38 PM
Orix replied at 28-1-2026 01:46 PM
eh eh ko pulak over.  ajet good2 je ko ni... ko pun terpaling pengecut lagi mau cakap berani k ...

takyah la ko nak meratib pasal pengecut  fan atok saka oiiii.sama je  ko dgn  rude ni .sembang2  punya sembang hari2  rupanya menikus.ko sini mengomen berkompang  pun guna id anonymous  je pun.disebalik  nick burit oppssss orix tu mungkin seorg manusia loser  tongong yg kurang kasih  atau pernah diliwat.we never know
Quote sharlenetexas 28-1-2026 03:23 PM
Apsal diam pulak macik ritrude? Tak berkutik langsung. Selalunya lantang mempertahankan hak? Kecut perutkah?


Quote sharlenetexas 28-1-2026 03:24 PM
KamikuP replied at 28-1-2026 08:55 AM
Senyap tak berkutik Ritrud, menyorok dalam Gua Kelam kah sheolls? ekekekek

Gua wan kelian kot. Nasib baik banyak gua kat kedah-perlis.


Quote ZORRO5555 28-1-2026 04:02 PM
Mana Rita sembunyi?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045773 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top