CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa empat anak didenda RM1,500 curi susu, sabun

27-1-2026 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34093| Komen: 21

 



MELAKA – Seorang bapa empat anak didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri susu tepung, syampu dan sabun pencuci dari sebuah pusat beli-belah minggu lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Ghazali Maidin, 46, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah mencuri dua pek susu tepung Nestle Everyday 1.7 kilogram(kg), dua botol syampu Sunsilk (625 mililiter) dan sebotol pencuci pakaian Top (3.6 kg) bernilai RM131.50 milik Aeon Co (M) Bhd.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi di pusat beli-belah Aeon Ayer Keroh pada 21 Januari lalu.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Izzuddin Ab. Malek merayu agar hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan dia menanggung empat orang anak dan melakukan kesalahan itu kerana desakan hidup.

Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif hanya memohon hukuman setimpal dikenakan.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau sebulan penjara jika gagal bayar. Tertuduh kemudian membayar denda tersebut. 


Sumber :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 27-1-2026 05:41 PM
Sad....
Quote silance 27-1-2026 05:47 PM
Ari tu, miangma celaka niaga document palsu + niaga orang 16 kesalahan panjara conbined semua sekali setahun - purata 21 ari je satu kesalahan.
Quote kemaruk 27-1-2026 10:16 PM
bergenang pulak air mata bangkem tengok barang yang dicuri

Quote plywood 27-1-2026 10:45 PM
susah jg orang yang tak ada duit nak bli barang keperluan... ada kerja tp gaji tak bagi tau mcm mana... adakah dia jg anak berderet... knp tak minta bos dulu sedikit, pinjam kawan.. susah sgt suruh jerlah bini tu masuk news, cerita kesusahan...
Quote kotakbaju 27-1-2026 11:32 PM
Barang yg dicuri tu barang keperluan isi rumah. Susu tepung mungkin utk anak2, syampu sunsilk utk kegunaan anak bini, sabun pakaian Top utk membasuh pakaian seisi keluarga. Nilai baru rm131.50. Kadang2 perlu wujudnya nilai ehsan dan budi bicara oleh pihak pengurusan pasaraya.
Quote B40tastePosh 28-1-2026 01:30 AM
Kenapa tak rompak Mydin je???
Quote batmana 28-1-2026 04:53 AM
Management type sama mcm kes curi kotak pensil ni..tarak hati perut..
Kalau management bijak.. leh je bantu mamat ni..viralkan..masuk news bagai..nama AEON jugak harum dalam media sosial bagai.

Tapi management dungu.tk nmpk benda ni sbg peluang marketing..
Quote supernaturalee 28-1-2026 10:34 AM
plywood replied at 27-1-2026 10:45 PM
susah jg orang yang tak ada duit nak bli barang keperluan... ada kerja tp gaji tak bagi tau mcm mana ...

yeeeehhh

ayat last   









Quote ninja boy 28-1-2026 11:18 AM
Teringat pasaraya mydin yg hire guard nepal ramai dlm market punya treat pengunjung macam perompak setiap lorong ada guard, ai rasa mydin ramai org curi barang, bos mydin pun mengaku ramai curi barang masuk news
Quote Skuau 28-1-2026 12:19 PM
ninja boy replied at 28-1-2026 11:18 AM
Teringat pasaraya mydin yg hire guard nepal ramai dlm market punya treat pengunjung macam perompak s ...


Jaya grocer...barang dia lg berkuali tadaq pung sampai ikat zip beg...Apa jer la brng yg mamak mydin tu mahal giler yg orng nk curi????
Quote Cassieopeia 28-1-2026 01:53 PM
Edited by Cassieopeia at 28-1-2026 02:04 PM

moga ada yg tolong bg bantuan kt dia dan murah rezeki lps ni
Quote contessa38 28-1-2026 02:01 PM
Kerana mencuri brg bernilai tak sampai rm200, kena denda rm1500. Manalah dpt duit byr denda tu semata tak nak masuk penjara. Agaknya meminjam atau ada yg tlg byr.
Quote miss_white 28-1-2026 02:31 PM
B40tastePosh replied at 27-1-2026 06:30 PM
Kenapa tak rompak Mydin je???

Mydin penyapu buruk tu. ..ini apa orang. Local ke..tak  dpt my kasih kah.


Quote ultra78 28-1-2026 02:57 PM
Kalau dia bayar aje RM131.50 dulu kan senang.
Quote Decaffeinated 28-1-2026 03:09 PM
Tiber ramai pula geng pencuri dalam forum. Sesak ja mencuri pastu tunjuk anak berderet.
Quote pocongkiutss 28-1-2026 04:06 PM
47 NFA tersenyum girang
Quote zuuu 28-1-2026 06:11 PM
Barang yg dia curi tu pon barang keperluan,susu tepung,shampoo n serbuk pencuci baju...pakcik ni x dapat sara ke???
Quote akies 28-1-2026 06:20 PM
Dia kena tahu satu kesalahan ye mencuri wlpn terdesak.
Mmg kalau tertangkap, tiada maaf bagimu.
Huhu.
Kesian
Quote emera 28-1-2026 08:11 PM
Kalau aku, suruh mamat tu kerja sampai cukup amount yg dia curi tu. Buat full time. Dah habis waktu keje, baru boleh ambik brg2 tu.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.046309 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top