CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon wanita tersohor China, Zhao Lusi berniaga pasar malam

27-1-2026 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33645| Komen: 12

 



BEIJING – Aktres terkenal China, Zhao Lusi dilaporkan membuka gerai pankek di pasar malam di Hainan, perkembangan yang digambarkan sebagai dirinya ‘berehat daripada dunia hiburan’, lapor laman berita VNExpress semalam.

Pelakon berusia 27 tahun itu dikenali oleh pelanggan pada 20 Januari lepas.

Mereka yang bertemu Lusi berkata, tiada kru produksi hadir, mencetuskan spekulasi bahawa penampilan itu bukan bertujuan komersial.

Video yang dikongsi di laman sosial menunjukkan Lusi mengendalikan gerai itu sendiri, daripada memasak dan membungkus makanan hinggalah mengambil bayaran. 

Dia juga dilihat berbual dengan pelanggan, bergambar bersama peminat dan mengedarkan tanghulu (buah-buahan) kepada pengunjung di gerainya.

“Saya ada bercakap tentang hasrat untuk membuka perniagaan mi dalam siaran langsung pada musim panas lalu. Pada masa itu, saya mempunyai perasaan bahawa saya mungkin akan meninggalkan dunia hiburan,” kata Lusi.

Sebilangan netizen kemudian berkongsi pengalaman mereka bertemu dengan aktres itu di gerainya.

“Pankek yang dibuat oleh Lusi sangat lazat. Saya lalu di sebuah gerai kecil dan tertanya-tanya sama ada saya patut mencubanya, jadi saya memutuskan untuk membelinya dan menyedari bahawa orang yang membuatnya ialah Lusi!” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI 

Sumber :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TTun_Teja 27-1-2026 08:41 PM
Pilihan masing2. Bahagia itu subjective..
Quote TTun_Teja 27-1-2026 08:41 PM
Pilihan masing2. Bahagia itu subjective..
Quote delia3003 27-1-2026 10:36 PM
Meniaga untuk suka² le ni, bukan sebab takde job atau jatuh miskin.
Quote Page88 28-1-2026 12:07 AM
Well...her life her choice.
Quote nisako 28-1-2026 08:16 AM
pilihan dia
Quote j3m4h 28-1-2026 10:08 AM
Harga pancake sheol marhaen or sama je mcm rate retis malaywood?
Quote babelina 28-1-2026 03:47 PM
y not.. x salah berniaga jika itu lg berhasil pada dia..
Quote Page88 28-1-2026 05:16 PM
Sometimes, life takes you in places you may never expect.
Quote BoongaKertas 29-1-2026 09:10 AM
sheols comel lah. iols suka tgk lakonan sheols. mcm comel tp gedik yg boleh diterima.
Quote primarikey 30-1-2026 05:11 AM
Iols suka muka dia masa zaman hidden love
Quote borrow 30-1-2026 09:11 AM
Last year sheols lemah sgt sampai pakai wheelchair. Pastu klaim agensi aniaya sheols jugak. Skrg dh terlepas , berniaga suka2 gini boleh hilangkan stress dunia hiburan jugak. Beralih angin kejap. Nanti berlakon balik. Hero Nirvana on Fire , Hu Ge , stop berlakon kejap  , sambung study kat US , sbb populariti drama tu bgi tekanan.
Quote ZORRO5555 31-1-2026 11:09 AM
At least dia x menyakau duit orang lain

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.855607 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top