CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selangor isytihar perangi tapak sampah haram - MB

26-1-2026 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28577| Komen: 4

 



SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap tapak pembuangan sampah haram, termasuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bersengkokol dalam isu tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, arahan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) bagi menutup semua tapak sampah haram yang memberi kesan kepada kualiti hidup rakyat negeri ini.

Katanya, langkah perangi itu juga adalah selaras pusat pelupusan sisa menjadi tenaga (WTE) dijangka siap pada Mac ini, selain tapak pelupusan di Bukit Tagar yang masih beroperasi, sekali gus memperkukuh pengurusan sisa pepejal di negeri ini.

“Saya sendiri akan turun padang bersama agensi terlibat bagi memastikan isu ini ditangani secara total dan berkesan.

“Tiada kompromi dan mereka bersengkokol akan dikenakan tindakan tegas,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Menteri Besar Selangor di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah tapak sampah haram yang masih beroperasi di Selangor.

Amirudin turut menekankan kepentingan sinergi antara PBT dan KDEB Waste Management (KDEBWM) tanpa sebarang sikap saling melepaskan tanggungjawab.

Beliau berkata, tumpuan operasi turut diberikkan kepada kawasan ‘hot spot’ yang sering menerima aduan awam, terutamanya di kampung-kampung.

“Kita terima banyak aduan di Hulu Langat dan beberapa daerah lain, sebahagiannya berpunca daripada operasi inap desa dan chalet di sekitarnya. Jadi ada aktiviti (pembuangan sampah itu).

“Justeru, peruntukan RM10 juta akan digunakan untuk membina sistem pungutan sisa pepejal yang lebih berkesan, berbanding sekadar meletakkan tong sampah di luar kampung sehingga menjadi longgokan sampah tidak terkawal,” jelasnya.

Amirudin berkata, penyelesaian turut melibatkan kampung-kampung yang tiada capaian kutipan sampah.

“Walaupun kutipan dilakukan dua kali pagi dan dua kali petang, pukul 9 pagi tong sudah penuh semula. Walaupun tong diletakkan di hadapan kampung, ia juga menjadi longgokan sampah pasar malam dan sebagainya. Isu ini akan kita tangani segera,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 26-1-2026 05:34 PM
Tapak sampah haram
Kuil tak sah taraf
Kandang babi haram
Penempatan pati haram/halal


Quote Skuau 27-1-2026 03:32 PM
"Syukur..tada mau pirang sama kita pendatang haram"-Pendatang Haram
Quote bulalof 28-1-2026 03:00 PM
masalah besar depan mata boleh jadi buta tuli.
Quote kemaruk 28-1-2026 04:09 PM
berita esok : "pembuang sampah marah kerena tempat pembuangan sampah kegemaran beliau dilabel sebagai haram"

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.157677 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top